Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Why I Like It Longer? Sebab LG Sangat Special

23 Jan Posted by Roslan Nazri in Informasi | 24 comments
Why I Like It Longer? Sebab LG Sangat Special

Korang sure pernah rasa tak puas hati kan? Korang selalu rasa tak puas hati sebab apa yer? Tak puas hati ni banyak sebab la kan? Tapi aku nak specific kan pada satu ni je. Sekarang dunia dah maju, zaman dah berubah. Semua benda nak canggih, semua benda nak up to date. Korang dah check ke? Samada korang ni up to date ke tak? Dari semua segi la, tapi yang penting sure la teknologi yang selalu up to date kan? Takkan la perut dan badan korang yang membesar tu pulak up to date. Sekarang aku nak cakap pasal handphone (teknologi). Handphone? Handphone dan aku bagai satu nyawa yang tak pernah terpisah. Kalau sehari tak menghadap handphone mau gila dibuatnyer. Ni yang cerita pasal handphone dan aku ni.

OK 1st impression aku terhadap handphone tentulah pada nokia 3310 yang lame tu. Boleh buat penggal anjing tuh. Tapi kecanggihan teknologi buat handphone tak boleh pergi jauh. Hanya dengan sms da call sahaja mana cukup kan? Dahla gedabak dan tak handy, masuk poket je kompem jadi kembung semacam je (memang takde fesyen langsung).  Kemudian aku teruskan perjuangan dengan teknologi baru dengan 1st colour motorola c350. Aku la yang pertama pakai handphone berkaler ni kat sekolah dulu. Harga pun boleh tahan. Time ni aku form 5. Memang handphone ni tahan lama sampai aku pinjamkan pada kawan aku. Dah pinjam lepas tu kena rampas tak ganti-ganti sampai sekarang. Hampeh tul si loqman ni. Harap-harap ko baca blog aku ni.

Next aku teruskan dengan sony erricsson version J tak ingat la siri dia apa. Aiyaaa screen dah cantik (masa zaman tula) tapi mic untuk call out dia problem plak. Banyak jugak la problematic dia. Teknologi canggih dan aku teruskan ke nokia 6630. Sampai masa out angkat N71 memang gedabak handset ni. Tak baik untuk kesihatan. Betul-betul kecewa sebab semua handphone aku pakai asyik rosak je. Tak tahan lama dalam jangka masa yang panjang. Dengan sony k550i pun aku tak dapat apa yang aku nak. Aku nak bateri yang tahan lama, aku nak yang boleh 3g lame-lame, nak boleh wifi lame-lame semua tak dapat. Kecewa yang amat la. Aku perlukan handphone yang luas screen, panjang, lebar, pantas dan canggih serta up to date dengan zaman yang maju ni. Kire abis sume guna tetap tak puas, tak special la, tak cukup tahan lame.

Itulah sebab aku memilih LG BL40 yang baru. Kalau korang tengok reka bentuk dan spesifikasi yang dia ada. Confirm korang takkan pandang belakang dah. Memang rasa nak amik terus je. Apa sebab aku suka LG BL40 ni? Ok mari aku tunjukkan secara ringkas kecanggihan gadget ni daripada gadget-gadget yang lain. Apapun layan dulu intro dari LG ni.

LG BL40 merupakan gabungan dari 3 siri sebelumnya chocolate, shine dan secret. Dah ade 3 revolusi sure la yang baru ni lebih gempak kan? Ini adalah version ke 4. Tak percaya? Terasa tergila-gilakan LG baru ni. Sememangnya ia amat special pada aku dengan apa yang dia ada. Semuanya terbaik. Ok lihat senarai yang aku buat.

  1. Screen lebar 4 inci (Biasa tengok 3.2 inci je, puas beb tengok screen handphone besar-besar ni)
  2. Tempered Glass – Anti Calar pada screen. (tak payah susah-susah beli tinted mahal-mahal)
  3. Menyediakan contact number yang lebih relevan dan mudah di access.
  4. Lebih banyak menggunakan fngsi active flash UI yang menarik. Tentulah nama pun handphone fesyen.
  5. Mempunyai scheduler time yang flexible dan menarik. (senang nak wat kerja ade scheduler camni)
  6. Email dan dual screen memudahkan anda access 2 monitor dalam satu masa. (canggih tuh)
  7. Qwerty screen touch keyboard (memang tak dapat dipisahkan lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang)
  8. Internet Full Browsing dengan HSDPA 7.2Mbps (wah handphone sekarang canggih, sebelum ni 3.6mbps je, so dah bleh jadi modem broadband korang ni) & Wifi. Internet everywhere itu lah prinsip aku.
  9. Multi touch memudahkan anda menggunakan fungsi touch dengan banyak jari dalam satu masa.
  10. AGPS (memang aku suka guna gps function, mudah sebab aku takkan sesat)
  11. Galeri yang penuh dengan fungsi flash dan lebih menampakkan fesyen LG BL40 ni.
  12. Widescreen dan 5MP camera (bende yang paling best dia ade fungsi widescreen tv output, lepas tu camera pun lawa)
  13. Support 3.5mm audio jack (pasni leh la sambung kat set woofer kat rumah tu)
  14. Internal storage 1GB dan support microSD sampai 32GB (nak simpan ape entah banyak-banyak dah macam hardisk)

Panjang berjela bukan? That’s why i like it longer. LG sangat special.Kesemua fungsi di atas memudahkan aku nak aktif di social network seperti facebook dan twitter. Kagum dengan fungsi serba boleh oleh LG ini. Reka bentuk yang panjang dan lebar sangat-sangat aku minati. Terasa puas dengan screen lebar macam tu. Nak taip mudah, nak guna pun mudah dan nak tengok pun mudah (plus aku ni rabun). Reka bentuk nipis lebar panjang dan cantik. Colour pun black! dan sangat fancy. Itulah sebabnya LG BL40 lebih dikenali dalam dunia fesyen. Segala-galanya mudah dengan LG BL40.


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

 

24 comments


Tinggalkan Komen Anda Di Sini (Nama, Email & Web)

CommentLuv Enabled