Posted by Roslan Nazri | Posted in Informasi | Posted on 03-12-2009
68

Salam sejahtera semua, suka dengan mulakan sapaan kepada kamu semua dengan salam. Rasa macam tak elok la plak main selamber jer kata “ok arini kita akan bla bla bla….”. Betul tak? Merapik la plak aku hari ni. Pernah kamu dengar tentang tanda-tanda kiamat? Pernah kan? Tipu la kalau tak pernah. Em dah tonton 2012? Pada aku bukan la nak taksub dengan cerita tu, tapi cerita tu ada tunjuk tanda-tanda kiamat melalui teknologi sains. Tak salahkan kita kaji sesuatu tu dari prospek agama, budaya dan sains dan teknologi sekali gus. Bukan apa, manusia sekarang bukan mudah terpedaya dan percaya.
Harini bukan nak cerita pasal sains budaya atau pun seangkatan dengannya. Tetapi nak korang lihat dan sama-sama berkongsi pendapat berkaitan peristiwa yang berlaku di Sydney ni. Jerebu merah? Habok merah? Crazy Dust Storm? Walaweh! Ngeri weh kalau korang tonton video yang aku letakkan bersama dengan entri di sini. Bayangkan keadaan sekeliling kamu dari kuning>merah>hitam gelap gelemat orang tempat aku kata. Pernah ke perkara begini terjadi selalu? Pelikkan? Fikirlah kenapa.
Posted by Roslan Nazri | Posted in Informasi | Posted on 13-11-2009
55
Salam sejahtera semua, suka aku nak bicarakan pada semua semalam merupakan birthday aku. So semalam la aku tengok cerita ni. Thanx to eddie sebab banjer aku sushi king semalam. Mahal rupanya makan benda tuh. Tak tau la korang nak cakap apa tapi aku tengok all Malay dalam sushi king tuh. Berbalik pada story hot yang sedang ditayangkan dalam pawagam sekarang ni, mesti kamu semua tak sabar nak tengok kan? Mana taknya takde story best pun selain cerita 2012 ni. Memang sold out la tiket semalam. nasib kawan aku wat reservation. Aku tengok kat Pavilion, showtime pukul 1 pagi. Dapat tau weekend ni pun sold out jugak kebanyakan Gsc dan Tgv di KL.
Tapi nak cakap kat korang seat memang full la semalam, aku dapat duduk kat sebelah kiri tepi dinding. Tapi takpe, sempena birthday dan orang belanjer kan. Alhamdulillah syukur la. Setakat ni cinema kat Pavi tu tak pernah mengecewakan aku pun. Mungkin korang patut tau story yang diceritakan berkenaan dengan dunia diakhir zaman. Semestinya hari kiamat bukan? Cerita yang disampaikan memang menunjukkan sains teknologi yang canggih membuktikan bagaimana dunia yang digelar BUMI Earth akan musnah pada 2012. Dan sebenarnya mereka menjangkakan peristiwa itu lewat berlaku dan sebaliknya, ia berlaku dalam sekelip masa. Kan dah cakap kiamat mana boleh kita tetapkan masa berlaku.