twitter
  •  

2012 , Fenomena Yang Patut Diketahui

| Posted in Informasi |

55


Salam sejahtera semua, suka aku nak bicarakan pada semua semalam merupakan birthday aku. So semalam la aku tengok cerita ni. Thanx to eddie sebab banjer aku sushi king semalam. Mahal rupanya makan benda tuh. Tak tau la korang nak cakap apa tapi aku tengok all Malay dalam sushi king tuh. Berbalik pada story hot yang sedang ditayangkan dalam pawagam sekarang ni, mesti kamu semua tak sabar nak tengok kan? Mana taknya takde story best pun selain cerita 2012 ni. Memang sold out la tiket semalam. nasib kawan aku wat reservation. Aku tengok kat Pavilion, showtime pukul 1 pagi. Dapat tau weekend ni pun sold out jugak kebanyakan Gsc dan Tgv di KL.

Tapi nak cakap kat korang seat memang full la semalam, aku dapat duduk kat sebelah kiri tepi dinding. Tapi takpe, sempena birthday dan orang belanjer kan. Alhamdulillah syukur la. Setakat ni cinema kat Pavi tu tak pernah mengecewakan aku pun. Mungkin korang patut tau story yang diceritakan berkenaan dengan dunia diakhir zaman. Semestinya hari kiamat bukan?  Cerita yang disampaikan memang menunjukkan sains teknologi yang canggih membuktikan bagaimana dunia yang digelar BUMI Earth akan musnah pada 2012. Dan sebenarnya mereka menjangkakan peristiwa itu lewat berlaku dan sebaliknya, ia berlaku dalam sekelip masa. Kan dah cakap kiamat mana boleh kita tetapkan masa berlaku.


Facebook FB? Apa Yang Korang Tau Pasal Social Network ni?

| Posted in Peringatan |

83

Salam sejahtera kepada semua. Mohon maaf sangat-sangat sebab lame tak update. Adeh… Siap brother Azman nak suruh aku live update jer kalau dah susah sangat nak update. Terima kasih bro. Nantilah aku suruh ko settingkan ye. Aku kembali setelah seminggu lebih tak berupdate. Harap-harap korang masih jenguk-jenguk blog aku ni. Terima kasih kepada pembaca dan komentator yang budiman sekalian. Kali ini nak cerita pasal Facebook yang korang sekarang tengah gila-gila aktifkan? Siap ada yang dah jadi FBholic tu. Nak kata apa pasal FB ni semua boleh. Lengkap untuk kegiatan sosial anda. Betul tak?

Kalau nak cakap pasal orang. Aku sendiri pun layan Facebook a.k.a FB ni. Siapa tiada account ni aku rasa korang mungkin malas nak buat tak pun ketinggalan zaman. Tapi korang tau kan? Facebook ni telah memecah rekod Myspace dalam sekelip mata jer dah kuasai seluruh dunia. FB nombor 1 sekarang ni dalam kategori social network. Mesti korang tau punya. Mesti korang seronok kan bermain kuiz itu ini seperti how well do you know XXXX, chatting, promote blog post (cam aku selalu buat), games macam street soccer dan macam-macam lagi la. Aku yang aktif di blog dan twitter pun dah nampak ramai rakan-rakan blog dan twitter dahulunya tak de pun facebook sekarang ni dah pun ada. Tu la rugi rasanya kalau ketinggalan kan?

[close]