Posted by Roslan Nazri | Posted in Informasi | Posted on 11-12-2009
54

Seperti yang kamu tahu, tak ada dalam hidup ini kemewahan datang dengan mudah seperti bulan jatuh ke riba? Oh tidak. Aku ingin katakan, tanpa gagal kamu mungkin bukan seorang yang berjaya. Biarlah aku nak simpulkan sedikit kata dua berkaitan kegagalan dalam hidup ini. Aku yakin dan percaya, seseorang yang tak pernah alami gagal dan sentiasa berjaya mesti sangat takut pada kegagalan. Itulah yang penting EQ tinggi berbanding IQ yang terlebih. Apabila kamu seorang yang terlampau pandai, emosi kamu jelas terganggu dan menjuruskan kepada kegagalan kekal. Aku salute pada cerita Forest Gump, dimana Gump adalah budak yang IQ nya rendah serta banyak lalui liku-liku hidup yang membebankan tetapi EQ nya yang tinggi membuatkan diri dan keluarganya hidup kaya. Itulah dikatakan Hidup Berani Untuk Gagal.
Ok cukup dengan penceritaan serba-serbi tentang kegagalan. Berani? Mestilah kena berani. Aku memang paling takut bila gagal. Namun kawan-kawan aku yang biasa gagal nampak cool ajer. Oh tidak! Dalam hati diorang siapa yang tahu. Semua orang takut gagal, tipu la kalau kau tak takut. Bermula dari zaman sekolah rendah, aku memang tak pernah gagal pun dalam mata pelajaran. Setelah masuk ke alam menengah, bermula la hidup terumbang-ambing aku. Mula la start gagal subjek tu, subjek ni. Pmr aku sekadar cukup makan. Spm? huh! Memang IPTA tak terima aku la beb! Sedih tak terkira la sebab aku gagal dalam mencari tempat di IPTA. Tu la akibat tak berusaha. Tapi aku main redah, berani punya pasal.
Posted by Roslan Nazri | Posted in Informasi | Posted on 16-06-2009
133

Apa yang anda terfikir dan terluah kata apabila menyebut pasal internet di Malaysia? Mesti rasa nak pangkah, bahan, maki hamun dan seangkatan dengannya kan? Bila sebut pasal internet tentu korang teringat pasal streamyx kan? Best ke streamyx ni? Korang sendiri tau jawapannya. Buat pelajar IPTA dan IPTS tentu seksakan internet bila waktu kemuncak dan oramg ramai menggunakan internet? Apa pun Streamyx masih lagi yang terbaik yang pernah ada kat Malaysia. Kat Malaysia je pun. Diorang ni dah lembab sangat dari segi teknologi internet sebenarnya. Dahla orang sekarang ramai membuat duit pakai internet. Bila dah ada Internet tentulah orang akan menggunakan e-business, e-commerce dan sewaktu dengannya kan? Tapi nak internet yang laju baru selesa berbusiness. Betul tak?
Pernah dengar pasal HSBB? Mungkin sesetengah daripada anda yang pernah dengar sebelum ni tahu berkenaan projek kerajaan ni. HSBB ni singkatan kepada High Speed Broadband dan katanya speed bakal mencapai 10Mbps. Yang ada kat Malaysia ni rata-ratanya berukband belaka. Kalau nak diikutkan gelaran kepada kekurangan broadband ni banyak. Malas nak sebut je. Sebab kalau dah bengang sangat memang abis semua gelaran aku letak kat internet provider kat Malaysia ni. Nak taknak kena la amik jugak Streamyx sebab tak de bandwith limit. Buat pengetahuan korang HSBB ni penah dicadangkan pada sekitar 2007 lagi dan terus ditangguh sekitar 2008 dan hilang entah ke mana sehingga 2009. Apa punya janji la kerajaan ni.
Posted by Roslan Nazri | Posted in Luahan Hati | Posted on 07-06-2009
0

Ketika rakan-rakan serta saudara-mara dan kaum kerabat yang sudah mengecapi hari Ber”GRADUAN” timbul pula satu isu mengenai Graduan yang kempunan “Hari Konvokesyen”. Apa Pendapat anda?? Sedang aku asyik melihat gambar-gambar rakan yang sudah ber”KONVO” ni tiba-tiba terlintas di fikiran. Rupa-rupanya aku sendiri belum konvo lagi(aku la antara mangsanya). Ape tah nak cakap pasal konvo ni. Semalam hari aku ber”chat” dengan rakan-rakan Se”DIPLOMA” dengan aku di IPTA tersebut. IPTA apa?? Em aku rasa korang sendiri pernah dengar dan berita ni pun pernah dimasukkan dalam akhbar harian tempatan. Apakan daya, tak ada respon dan maklumbalas tentang perkara ni. Kalau nak tahu, mereka ni senyap terus tanpa sebarang berita atau surat-menyurat ke rumah dengan notis pemberitahuan kelewatan konvo malah memaki hamun pula kepada insan yang bertanyakan hal konvo. Apakah ini?? Dulu bagai nak rak dengan janji-janji manis bila dinaik taraf sebagai universiti. Pada aku la, waktu kolej dulu lebih baik berbanding sekarang. Kebajikan pelajar tak terabai. Em yang penting Konvokesyen sentiasa ada setiap tahun. Tak rasa malu ke dengan IPTA bersebelahan yang jauh perbezaannya maju bagai langit dengan bumi.