twitter
  •  

Hidup Berani Untuk Gagal, Prinsip Pegangan Hidup Aku

| Posted in Informasi |

54


Seperti yang kamu tahu, tak ada dalam hidup ini kemewahan datang dengan mudah seperti bulan jatuh ke riba? Oh tidak. Aku ingin katakan, tanpa gagal kamu mungkin bukan seorang yang berjaya. Biarlah aku nak simpulkan sedikit kata dua berkaitan kegagalan dalam hidup ini.  Aku yakin dan percaya, seseorang yang tak pernah alami gagal dan sentiasa berjaya mesti sangat takut pada kegagalan. Itulah yang penting EQ tinggi berbanding IQ yang terlebih. Apabila kamu seorang yang terlampau pandai, emosi kamu jelas terganggu dan menjuruskan kepada kegagalan kekal. Aku salute pada cerita Forest Gump, dimana Gump adalah budak yang IQ nya rendah serta banyak lalui liku-liku hidup yang membebankan tetapi EQ nya yang tinggi membuatkan diri dan keluarganya hidup kaya. Itulah dikatakan Hidup Berani Untuk Gagal.

Ok cukup dengan penceritaan serba-serbi tentang kegagalan. Berani? Mestilah kena berani. Aku memang paling takut bila gagal. Namun kawan-kawan aku yang biasa gagal nampak cool ajer. Oh tidak! Dalam hati diorang siapa yang tahu. Semua orang takut gagal, tipu la kalau kau tak takut. Bermula dari zaman sekolah rendah, aku memang tak pernah gagal pun dalam mata pelajaran. Setelah masuk ke alam menengah, bermula la hidup terumbang-ambing aku. Mula la start gagal subjek tu, subjek ni. Pmr aku sekadar cukup makan. Spm? huh! Memang IPTA tak terima aku la beb! Sedih tak terkira la sebab aku gagal dalam mencari tempat di IPTA. Tu la akibat tak berusaha. Tapi aku main redah, berani punya pasal.


[close]