Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Dari Roslan Nazri

Salam sejahtera kepada semua. Dengan rasa rendah diri aku menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin (tak de kot) kepada semua pembaca blog serba-serbi ini.Jika terkasar bahasa mahupun terlanjur kata aku memohon maaf dari kepala sampai hujung kaki. Jikalau ada makan minum tu mintak halal la yer (blogger2 yang sempat aku jumpa). Moga bulan syawal nanti kita akan dikurniakan keberkatan apabila saling memamaafi satu sama lain. Sebelum tu nak tanya pada yang lelaki ni. Puasa korang cukup tak? Kalau cukup, tahniah kepada korang semua. Perempuan tak nak tanya. Korang boleh jawap sendiri ok. Huhu.

Untuk gambar kad raya sila baca kisah selanjutnya di bawah ye. Klik pada image untuk saiz yang lebih besar. Kad raya ni korang simpan la wat kenangan. Siapa-siapa yang nak kad real ni korang kasi alamat kat aku ye. email kepada aku. Sempena raya ni aku baik sikit. Hehe.

Kad Raya Aku Untuk Korang

Dari kesempatan ini, suka aku bicarakan hari raya ini lebih awal. sebab apa? Al-maklum la raya confirm sebok je semua kan, mungkin internet pun korang tak ngadap ( loghat perok ‘tengok’). Tapi tak pe, aku tak pernah berpisah dari internet walaupun sehari. Sebab aku dah jadi penagih tegar internet. Pernah terbaca artikel berkenaan orang yang melayari internet lebih 2 jam sehari ni sudah boleh di kategorikan internet holic (betul ke tak mende ni). Pada aku sekurang-kurangnya 5 jam sehari kot. Mana taknya, tak dapat dekat laptop main internet dekat handset. Memang tak lekanglah. Apa pun yang seronoknya aku tak sabar nak live blogging masa hari raya nanti. Banyak bende dan aktiviti sempena raya nanti. Korang nak tengok ke tak atas korang la ye. Yang penting puas hati berkongsi pengalaman kat internet ni. Terpulang pada anda menilainya ye.

Berkait balik dengan fenomena di hari raya ni. Balik kampung nanti berhati-hati la di jalan raya ye jika anda seorang pemandu (aku sendiri pun pemandu, doakan ye selamat) pandai-pandai la cari timing yang betul kat jalan raya nanti ek. Confirm jalan raya akan sesak padat dan sendat macam tin sardin nanti. Haha. Buat insan di luar sudi membaca tu terima kasih. Yang jauh tu mari kita dekat-dekatkan, yang dekat tu mari kita rapat-rapatkan dan yang rapat mari kita sendat-sendatkan (haha tak delah gurau je). Ha yang main mercun tu pandai-pandai la jaga diri. Tak mau la ade yang cedera masa hari raya. Aku pun main jugak, tapi berpada-pada je la (bazaar ramadan area KL bila nak dekat raya banyak lak mercun).

Akhir kata (macam surat rasmi lak) moga anda semua bergembira di hari raya serta berpada-pada la selalu ye. Pernah baca kat blog kawan kita ni “Jangan suka lebih sangat nanti menagis” lebih kurang macam tu la. Jangan sedih-sedih yer. Hari raya merupakan kemenangan pada umat Islam kita. Ramadan telah habis, syawal mula menjelma. moga syafaat kita di bulan ramadan mendapat keberkatan selama0lamanya. Kepada insan-insan yang membaca blog aku ni, korang semua di jemput hadir ye beraya kat rumah aku di Kuala kangsar, Perak dekat je Masjid Ubudiah. Datang raya jangan la main terjah, bagitau la asal usul yer. Pejam celik, pejam celik dah raya ye? Hmm cepat betul puasa kali ni. Tak terasa sangat pun. Penutup kata moga kita berjumpa lagi di episod raya akan datang yer. Insya…

P/S… Ikutkan banyak lagi nak merapik lagi ni. Tapi cukupla sekadar ini. Selamat hari raya ye korang semua.


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

 

36 comments


Tinggalkan Komen Anda Di Sini (Nama, Email & Web)

CommentLuv Enabled