Terima kasih aku ucapkan kepada pembaca sekalian serta komentar yang bernas pada entri lepas. Seperti yang korang tau ataupun buat-buat perasan sekarang ni blog Roslan Nazri telah menukarkan advertisment ads kepada innity. Baru-baru ni jugak sebok serta agak kencang sembang antara blogger-blogger di twitter mengenai innity (nak tau follow la aku). Semua mengatakan reaksi positif terhadap innity. Ternyata! aku katakan wow! pada innity. Harini baru genap sehari aku memasang innity sebagai ads utama aku sebagai tempoh percubaan menggantikan nuffnang. Sememangnya innity tidak mengecewakan penggunanya. Patutlah nak request dari innity pun kena power. Kamu boleh lihat sendiri earning aku pada hari ini dibawah.

Sebagai seorang blogger, anda perlu menitik beratkan isi kandungan yang ingin anda sampaikan jika berminat dengan innity. Innity dengan mudah dan bulat-bulatnya memangkah borang korang jika blog korang menceritakan kisah peribadi. Nak tau lebih lanjut requirement innity kamu boleh klik di sini. Bukan mahu memujuk kamu bertukar kepada innity. Di sini aku ingin ceritakan pengalaman aku sendiri bersama innity hanya dalam sehari. Bayangkan jumlah di atas aku dapat bersama nuffnang dalam masa 6-7 bulan. Sedihkan? Punyalah bergiat secara langsung dan tidak langsung mencari pelbagai tips bagaimana nak menigkatkan traffic. Namun tak berjaya.

Aku dapat rasakan agak berbaloi dengan traffic ke blog ini dengan jumlah sebegini di innity. Aku jugak ingin berkongsikan apa yang menarik pada dashboard innity. Baru sehari approve dah dapat 7 kempen dan pagi tadi aku lihat ade 1 kempen baru menjadikan 8 kempen kesemuanya. Dahla segala kempen anda boleh reject atau accept. WoW! itu saja mampu aku ungkapkan dengan innity pada hari pertama. Terima kasih jugak pada rakan-rakan atau geng-geng innity aku saudara mrkay2911, zulfaizuddin, rjuna serta eins kerana banyak membantu dalam proses aku nak apply innity ni. Tak lupa jugak kak jie yang bagi idea sedikit yang membolehkan aku buat karangan dalam description blog aku untuk apply innity. Semuanya hebat-hebat belaka.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dengan innity, kamu boleh cuba sendiri dan syarat-syarat perlu dipenuhi secukupnya. Ingat! entri ini bukan untuk mempengaruhi kamu bertukar kepada innity. Ini adalah perkongsian aku kepada rakan-rakan diluar sana mengenai WoW! nya innity pada aku. Baru la kamu rasa blog dihargai dengan titik peluh kamu sendiri. Tak salah nak cuba. Buat masa ini baru masuk sehari, dan aku akan cuba dalam 2 3 bulan ini untuk lihat hasilnya. Menarik bukan? Best ke innity? Innity ni scam ke? Haaa.. Tepuk dahi tanya otak.






thanks for the info bro…aku pakai NN..dah setgh tahun dah..aku baru dpt 10 je kempen.. unique visitors sebulan 4-5k..perday average dlm 400-500 gak..income perday dalam 2-3 ringgit je..rasa macam berminat lak nak guna innity nih..
.:zam latest entry blog…kepada hausmart86:.
[Reply]