Posted by Roslan Nazri | Posted in Misteri | Posted on 07-06-2009
10
Dalam rasa bosan dan termenung boleh pulak terpikir pasal bende-bende macam ni. Em mane tak nya dah lama tak dengar kan kisah-kisah macam ni. Haritu 21hb bulan Mei ni saya terbaca online kisah di Kosmo, dahla “time” baca tu pukul 3 pagi. Tapi buat tak tau je. Sebab nak tahu sangat kan. Rasa-rasanya ada blogger-blogger penah baca pasal ni kot kat paper mahupun internet kan? Nak cerita pasal kisah sendiri tak pernah pulak dapat lihat dengan mata kasar ni. Tapi pernah dengar kata-kata orang tua dulu kalau kamu rasa bulu roma naik atau terase lain macam tapi tak nampak ape-ape kan? Maknanye ada la bende tu di sekitar anda. Di mana? Wallahua’lam.
Kisah kali ni bukan nak sebut pasal hantu, jin, iblis sahaja. Tapi ingin kongsikan cerita-cerita dari orang lain. Tak pun ada gambar-gambar nak tunjuk pada korang. Nak pastikan percaya atau tidak terpulangla kepada kamu semua menilainya. Ok, berbalik pada cerita Kosmo tadi. Kisahnya seorang guru dan isterinya ke Perlis ikut lebuh raya la kan. Tapi apakan daya bende dah nak jadi, mereka ni diekori (penunggu) semasa perjalanan mereka. Apa yang nak dapat di buktikan di sini adalah gambar yang menujukkan kewujdan makhluk tuhan pada kaca mata kamera. Nak harapkan mata kasar kita mungkin orang yang tertentu je yang dapat melihatnya.
Posted by Roslan Nazri | Posted in Vacation | Posted on 07-06-2009
10
Entri kali ni saya mahu anda fikirkan apa yang penting untuk mencapai keinginan dan pencapaian pada keinginan tersebut. Sudah tentu kamu semua mempunyai keinginan terhadap sesuatu kan? hehe. Dulu Dubai merupakan sebuah tempat yang agak biasa pada kita (kata orang). Tapi lihatlah dengan pembangunan pesat mereka sekarang. Dubai, memang dikenali dengan komodenan pesat yang membazir pada pendapat saya. Tapi mungkin dapat membuahkan hasil pendapatan yang tinggi sepanjang tahun kepada mereka. Nak tau sebab ape? Tentulah pelancong luar negara yang jauh lebih kaya dari orang-orang Malaysia akan ke sana. Betul tak? Cuma apa yang dapat di banggakan di sini pada saya sebuah Negara Islam mampu membangun dan maju disamping Negara barat lain (mana tak barat dengki).
Ha siapa kata Negara Islam tidak maju. Dubai telah membuktikan segalanya. Dengan kecanggihan yang luar biasa diciptakan di sana dapat membuktikan mereka bukan sebuah Negara yang ketinggalan. Tapi konsep berpada-pada dan kesederhanaan tidak pula diamalkan oleh Kerjaan Dubai. Itu silapnya. Dubai ni kalau tolong fakir miskin ada la faedahnya jugak kan? Hmm.. Manusia sekarang lebih pentingkan duit dari orang yang lebih memerlukan. Kebajikan rakyat jugak yang terabai dan terkontang-kanting (tak kene mengena ni).
Posted by Roslan Nazri | Posted in Luahan Hati | Posted on 07-06-2009
0
Manusia itu ada kebaikan dan ada keburuknya. Semua hidupan yang bergelar manusia ini ada kelemahannya dan seperti mana yang anda ketahui hanya Nabi Muhammad S.A.W kita sahaja yang sempurna di muka bumi ini. Cuba anda bayangkan manusia yang baik dan melakukan perkara baik bukan senang nak diingati, berbanding manusia yang melakukan kejahatan, keburukan dan kezaliman yang lebih mudah diingati dan dibenci oleh manusia sendiri walhal haiwan juga pandai untuk menyukai manusia atau tidak menyukainya. Zalim dari segi konteks Islamnya bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan sudah tentu lawan kepada sifatnya ialah “adil”. Zalim ini dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:-
• Zalim pada diri sendiri • Zalim kepada orang lain • Zalim pada diri sendiri serta menzalimi orang lain
Posted by Roslan Nazri | Posted in Vacation | Posted on 07-06-2009
5
Asyik dengan membaca blog blogger lain sampai terlupa nak update blog sendiri. Kali ni nak cerita kisah yang dah lama tertangguh. Mana tak nya gambar-gambar pun tak de kat tangan ni. So jadi blur la kejap nak cerita apa, kepala ni ingat tak ingat je dan tak de bukti pulak nak tunjuk. Tapi tak pe la sebab nak story jugak sedikit berkenaan Pulau Perhentian & Pulau Langkawi yang saya rasa jauh bezanya. Perjalanan dua pulau ni berlaku pada tarikh 23/4/2009 sehingga 6/5/2009. Ok, sebenarnya ke Pulau Perhentian tersebut adalah untuk penyelidikan etnik di Pulau Perhentian. Jangan sangka pulau sebegitu hanya untuk pelancongan, ada 200 buah keluarga yang menetap di Pulau Perhentian kecil tersebut. Di mana jika anda sampai di Kampung Perhentian Kecil tersebut tersergam indah Sekolah dan juga Pondok Polis (Padahal Banglo mewah). Terperanjat jugak setelah mendengar dari mulut Ketua Kampung sendiri Encik Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Pok Li dan Timbalannya Pok Sariff yang mengatakan penduduknya di situ 80% bekerja di chalet-chalet dan resort-resort di Pulau Perhentian, 15% sebagai pembawa bot dan 5% sahaja sebagai nelayan (padahal duduk tengah-tengah laut dah). Lucunya pula Pondok Polis yang tersergam indah macam banglo 4 tingkat tersebut hanya di diami oleh 2 orang Polis yang bertukar-tukar syif menjaga Pulau tersebut (tak patut betul).
Berbalik kepada Pulau Perhentian ini terdiri dari dua pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar dan memiliki berpuluh-puluh buah resort dan chalet di sekitar Pulau tersebut. Pulau Perhentian juga banyak menyediakan package-package menarik kepada pelancong dan semestinya anak tempatan akan dapat diskaun.hehe. Bagi tempat menarik pada saya tentunya di Arwana (exclusive mahal la) dan bagi yang suka mencuci mata tentunya di Long Beach. Jangan lupa untuk snorkeling di sana, banyak view-view menarik di sana contohnya di shark point dan turtle view yang mana korang boleh lihat anak-anak jerung (besar badan aku wei) dan penyu-penyu (besar dari aku). Paling best pegang tiram besar dengan nemo tu kat tangan ni. Em memang agak burn la muka saya kat sana seminggu. Sebenarnya nak cerita memang panjang lagi dari ni, tapi cukupla sekadar review di Pulau sana. Haa bagi yang terlupa nak keluar duit awal-awal jangan gusar. Sebab korang boleh cari chalet Suhaila yang mana menyediakan perkhidmatan cash draw tetapi ada cas nya jugak 5%. Sebelum beralih ke Pulau Langkawi dapat tau bagi yang berminat membuat lesen scuba di Perhentian harganya lebih murah (kena tanya my sis berapa harga biasa). Em, di Langkawi pula tempat menariknya adalah shopping center yang mana sana duti free kan. Duti free pun barang boleh tahan jugak harganya. Memang takkan lupa la nak borong choclate kat sana. Sakan habis.hehe.
Posted by Roslan Nazri | Posted in Luahan Hati | Posted on 07-06-2009
0
Ketika rakan-rakan serta saudara-mara dan kaum kerabat yang sudah mengecapi hari Ber”GRADUAN” timbul pula satu isu mengenai Graduan yang kempunan “Hari Konvokesyen”. Apa Pendapat anda?? Sedang aku asyik melihat gambar-gambar rakan yang sudah ber”KONVO” ni tiba-tiba terlintas di fikiran. Rupa-rupanya aku sendiri belum konvo lagi(aku la antara mangsanya). Ape tah nak cakap pasal konvo ni. Semalam hari aku ber”chat” dengan rakan-rakan Se”DIPLOMA” dengan aku di IPTA tersebut. IPTA apa?? Em aku rasa korang sendiri pernah dengar dan berita ni pun pernah dimasukkan dalam akhbar harian tempatan. Apakan daya, tak ada respon dan maklumbalas tentang perkara ni. Kalau nak tahu, mereka ni senyap terus tanpa sebarang berita atau surat-menyurat ke rumah dengan notis pemberitahuan kelewatan konvo malah memaki hamun pula kepada insan yang bertanyakan hal konvo. Apakah ini?? Dulu bagai nak rak dengan janji-janji manis bila dinaik taraf sebagai universiti. Pada aku la, waktu kolej dulu lebih baik berbanding sekarang. Kebajikan pelajar tak terabai. Em yang penting Konvokesyen sentiasa ada setiap tahun. Tak rasa malu ke dengan IPTA bersebelahan yang jauh perbezaannya maju bagai langit dengan bumi.
Posted by Roslan Nazri | Posted in video lawak | Posted on 07-06-2009
2
Em apa yang aku nak kasi tau korang pada kali ni..adalah pasal video ni..tengoklah sendiri..korang boleh nilai..banyak kali jugak aku layan video ni sebelum posting kat blog ni..kah3..siap pelakon Heroes pun sumbat jugak dalam video ni..so aku tak de kene mengena ngan video ni ok..(video ni bukan bertujuan perkauman)..untuk suka-suki je. Jangan ada yang terasa pulak. Mintak maaf siap-siap.