Bulan Ramadan, Minggu Yang Tak Di Jangka 09/09/09

 


Salam… dari dalam kesibukan kerja dan sebagainya. Tak disangka minggu ini agak memenatkan. Apa yang dijangka tidak dapat disangka. Paham tak? Bukan apa, segala program dan kerja yang nak dibuat minggu ini nampak serba tidak menjadi. Bermula pada episod cuti 3 hari dari sabtu lepas hingga hari isnin disebabkan Selangor cuti isnin tu. Jadi pada jumaat lepas  program iftar bersama geng sekolah menengah dulu berjalan seperti biasa dimana kami berkumpul di Sunway Piramid dan berbuka di kedai makan berhampiran. Tampak program haritu dan jadual harian seperti biasa tanpa gangguan sehingga esoknya.

Pada hari sabtu jelas tak menganggu apa-apa kerja aku lagi. Hari berjalan seperti biasa dan pada malamnya aku keluar mengeteh (bahasa mudah melepak sambil minum teh kot) dengan geng-geng blogger seperti eddie NH & Negaraku.net, Azmanishak, Life4hire & Callister (doakan diorang cepat kawin). Malam tersebut macam bermula episod serba tak kena. Aku sangkut kat kedai sampai pukul 3 pagi disebabkan hujan lebat tahap maksima dari pukul pukul 12.30 malam. Buat pulak aku naik motor time tu. Last-last kena redah jugak. Lenjun beb.

Ahadnya pulak aku tak ke mana pada siangnya dan sebela petangnya aku ke carefour teman member aku sorang ni nak surveyhandset katanya sempena raya. Yela handset raya la tu kan. Berkenan kat sony ericsson c905 ni. Memang superb dengan kamera 8.1 MP xenon flash ditambah dengan gps serta wifi built in. Tapi malangnya tak de camera depan 3g. Walaupun dah tersiap ada 3.5g so boleh jadikan modem broadband macam handset nokia 5800 aku. Tapi tak beli pun. Just usha harga je.

Lewat petangnya pulak aku ke bazaar taman melawati nak membeli sedikit juadah berbuka. Sebelum ni pernah tenampak dalam blog knizam.com ade kambing golek so aku pun membelila daging kambing skit nak rasa. So balik berbukalah dengan daging kambing tu skit dengan my bro dan kak ipar. Malamnya aku melepak dengan kawan yang sama jugak, naik kete waja dia je la. Lepak dekat area sentul ada kedai stick ape tah. Tapi aku pekene som tham kat situ. kelakar jugak la datang stick house makan som tham.

Finally hari isnin macam serba tak kena. Aku bujet nak balik upm lepas berbuka. Tapi tetiba dapat call dari bapak aku kata abang aku sorang ni sakit dada susah nak nafas. Time tu aku kat bazaar nak beli makanan. So balik la dengan secepat mungkin, after berbuka makan skit jer, yang lain tinggal. Terus pergi ke Hospital Ampang dan abang aku terus pergi ke ER unit kecemasan hospital. Dapat mesej dari abang aku dia kena tahan wad sebab banyak suspek dengan penyakit dia. Pada mula doktor ingat H1N1 tapi bukan. Nasib waktu tu aku belum balik upm. Sebab kak ipar masa tu ada kat Melaka dia mengajar di Kolej Komuniti.

Sudahnya aku la kena jaga my bro kat hospital (takde hal punya), jadi runner la sementara tunggu dia ok dan kak ipar balik. So pada hari ni dengan aku tak cukup tidornya aku kena jugak balik Upm sebab banyak dah tertinggal ni. Dengan kerja-kerja serta presentation dan test lagi. So im so sorry to kawan-kawan sekelas kalo aku tak dapat make in time kat Upm. Agak sedih aku dapat tau kawan aku punya abang kini di ICU Ipoh disebabkan dilanggar keretapi barang tak silap aku. Masuk paper kosmo semalam. Aku doakan abang dia dan abang aku akan cepat sembuh kerana masing-masing masih lagi di wad.

P/S… Apa-apa pun aku berharap syawal kali ni tak de la kawan2 rapat serta keluarga2 terdekat mengalami musibah. Moga tuhan sentiasa melindungi kita bersama. Bacalah doa kemana-mana pun sebagai pelindung diri anda. Sorry la karangan agak merapik-rapik ayatnya.

Artikel Yang Mungkin Berkaitan


You can leave a response, or trackback from your own site.

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

7 Responses to this article

 
HuRuL_AiNi September 9, 2009 Reply

dugaan ramadan…..sejak dua menjak ni asyik dengar berita buruk je….insyaAllah ada hikmah di sebalik semuanya…so how’s your brother? hope he get well soon…
to you, ikhlaskan hati jaga org sakit k…insyaAllah besar pahala & rahmah menanti :)
.-= .:HuRuL_AiNi punya entri terkini blog…TVXQ ~ First Love:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

tak de hal la..byk typo lak dalam entri penat tuh..huhu..still kat hospital…tak dapat kuar lagi..doc masih nak wat pemeriksaan..burn da pose dia arini yg kedua..hu2..tu la tak mo la dengar sume kene musibah jer..tak mo dgr citer sedih.. =(

Balas

Mus Reply:

memang betul tu.. dugaan bulan puasa.. semoga semuanya dilalui sengan penuh kesabaran. pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian..
.-= .:Mus punya entri terkini blog…Berkhidmat Untuk Masyarakat Luar Bandar Sabah:. =-.

Balas

 
izzuddin2020 September 9, 2009 Reply

Ish..yeker a.lan???…semoga cepat sembuh yer…aduhhh..dugaan tuhan semua ni..sabar lah yee

Balas

 
mantra September 10, 2009 Reply

Salam bro,
Sedih dengar cerita abang bro. Semoga tabah menghadapi dugaan mendatang. Semoga cepat dia sembuh InsyaAllah

Balas

 
EiNS September 12, 2009 Reply

Uiskh…camner ngan abang ko skarng arap2 cepat sembuh…

eh cane plak kena langgar ngan ketapi barang tu? gila dahsyat…
.-= .:EiNS punya entri terkini blog…Kamen Rider Double W (2009):. =-.

Balas

 
Blowie September 14, 2009 Reply

takpe bro,pelan pelan kayuh. abang bro mesti ok pnya.

kena langgar keretapi? gila kebal :bloody:

Balas

Leave a Reply