Selamat Berpuasa Kepada Semua 19/08/09

 


Tak sangka lah dah nak berpuasa rupanya. Dah lama jugak aku ni tak buat posting ala-ala sopan santun camni. Nak jugak update biasa ni. Tapi kemalasan iman untuk mengadap lappy 24 jam tu la. Nasib ada gadget Nokia 5800 XM ni tentulah membantu aku supaya tak ketinggalan dalam dunia maya ni. Em macam mana persediaan korang semua? Dah ready nak puasa? Dah ganti puasa-puasa yang lepas? Tak sempat?? apa?? Pegi la bayar fidyah apa semua tu. Pergi tanya ustaz. Ish3 orang suruh puasa korang malas pi batal-batalkan puasa pulak. Bagi yang uzur syarie tu lain kira la.

Teringat puasa lepas sebagai student 1st year degree kat UPM. Macam kanak-kanak ribena plak. Padahal umur dah tua. Haha. Bekas Diploma kan. Aku paling takutkan. Setiap kali ramadhan jer aku selalu demam. Mohon dengan sangat pada tuhan YANAG MAHA ESA moga aku tak lagi jatuh sakit pada ramadhan kali ni. Rasa macam nak beribadat dengan sangat juga pada bulan ramadhan yang mulia ni. Tapi tu la, kalau cakap saja tak guna jugak kan? Nak kena jugak orang dan kawan-kawan yang bimbing aku sama. Baru rasa “live” bulan ramadhan ni. Dari kesempatan ni harap-harap korang sempurnakan ramadhan kali ni sebaik mungkin.

Lihatla pada insan yang tak berkesempatan pergi dulu sebelum ramadhan menjelma. Kita pun tak tau samada ini adalah ramadhan yang terakhir pada kita. Esok lusa pun kita tak tau ada lagi tak kat dunia ni. Sempat ke kita ni bertaubat. Harap-harap kita sama-sama muhasabah diri kita pada bulan ramdan yang mulia ini. Rajin-rajin la bukak website tentang fadhilat ramadhan. Lihat apa pahala pada malam terawih tersebut. Dulu aku taksub nak buat kerja ibadat ni. Sekarang dah lupa apa yang aku buat dulu. Tak patut kan? Jadi berubah la kita. Jangan berubah kerana orang, berubah la kerana diri sendiri. Tu munafik berubah kut orang. Kalau orang tu tak nak kita dah kita jadi huru-hara balik. Oh! TIDAK.

Dengan ini aku nak mengucapkan kepada semua pembaca pemberita penyepi penyeluk dan penyer nyer yang lain la. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan. Jangan la buat maksiat atau pun jenayah pulak. Berlipat kali ganda la dosa korang. Baik buat ibadah yang melipat kali ganda kan kuasa dua pahala anda. Hehe. Em tak rasa macam tak sabar pulak nak usha-usha apa yang ada kat bazaar ramadhan nanti. Ha! satu lagi elakkan pembaziran. Korang memang lapar bila puasa, lepas tu beli makanan banyak-banyak. Last-last tak habis pun makan. Biasa lah godaan nafsu. Walaupun syaitan kena ikat, tapi nafsu korang tetap kuat. Lagi-lagi perut aku yang sememangya tahan makan banyak ni. Haha.

P/S… Tangan ni pun gatal jer nak live blogging apa yang ada pada bulan ramadhan nanti. Yeay!

Artikel Yang Mungkin Berkaitan


You can leave a response, or trackback from your own site.

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

25 Responses to this article

 
x-po August 19, 2009 Reply

nape nafsu pun xkne ikat ek? hehe
.-= .:x-po punya entri terkini blog…NAPE JADI BEGINI….:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

nafsu lain tuh..die dikuasai manusia sendiri dan di pengaruhi setan..huhu..setan dah blah pun..keinginan diri tetap membuak-buak.. :)

Balas

 
Luth Textile August 19, 2009 Reply

bagusla. moga2 dpt rasa kemanisan ramadhan kali ni
.-= .:Luth Textile punya entri terkini blog…Patah tumbuh hilang berganti:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

insyaa… harap luth pun sama..leh la kasi mood ramadhan pada desa fm nti..hehe

Balas

 
Mus August 19, 2009 Reply

selamat berpuasa.. jangan ponteng2x..
.-= .:Mus punya entri terkini blog…HDR Image dengan Photomatix Pro 3:. =-.

Balas

 
Mus August 19, 2009 Reply

Jangan ponteng puasa! Jaga semua pancaindera!
.-= .:Mus punya entri terkini blog…HDR Image dengan Photomatix Pro 3:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

ajib jaga..wajib tak ponteng pada lelaki..hehe..nanti jgn jeles isteri makan time pose yer bro mus.. :)

Balas

Mus Reply:

dia puasa jugak..

Balas

 
broSKL August 19, 2009 Reply

sekejap je ek dah nk pose dah..erm tak sabar nk pg solat terawih..huhu
.-= .:broSKL punya entri terkini blog…buat cop guna photoshop:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

ha tu nak dengar tuh..tak sabar nak pi solat terawih..hehe

Balas

 
blowie August 20, 2009 Reply

weh,kalo ko gi bazar pastu jumpa mercun ko terus live blogging tau.

aku addict sikit dgn bahan letupan ni,hahahahahah
.-= .:blowie punya entri terkini blog…Potong Saga!:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

muahaha i will..i will..aku pun nak mencari jugak..wahaha byk plot2 aku time pose ni..thanx to blowie bagi idea… :)

Balas

 
Kill-Vearn August 20, 2009 Reply

hoho selamat berpuasa juak pada smua muslimin dan muslimat.. moga amalan kita diterima dan mendapat berkah.. nafsu, satu makhluk Allah yang diciptakan selepas akal… ianya sangat degil kepada perintah Allah pada mulanya.. namun selepas dimasukkan ke ‘neraka yang lapar’ selama 100tahun/1000tahun (lupa lak) baru ia mengaku Allah tuhannya yang Maha Esa…
.-= .:Kill-Vearn punya entri terkini blog…Mini Blogger Gathering at Melaka:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

wah!! macam khutbah jumaat..hehe sangat setuju itu punya pendapat..kawal la nafsu anda..banyakkan kumpul pahala..wat amalan baik banyak2..dekatkan dengan tuhan

Balas

 
megat August 20, 2009 Reply

terasa macam awal pula entri ini diterbitkan. mungkin ini yang terfikir didalam kepala ha3.

setan dh kena ikat. nafsu sahajalah penentu. anggap sahajalah ini ramadhan terakhir dimana kita bersungguh-sungguh meminta keampunan dari-NYA.

salam ramadhan.

Balas

Roslan Nazri Reply:

saja awalkan..awal ker?? esok malam dah start terawih bro..hehe..moga ramadhan kita kali ni diberkati oleh Allah..

Balas

 
azizwan(dot)com August 20, 2009 Reply

jom puasa :)

sblm start puasa ni, aku nk minta maaf kat bro dan semua yg terlibat.. kalau aku ada melakukan salah silap samada yg disengajakan ataupun tdk, harap dimaafkan la yer.. bkn apa, takut puasa aku tak diterima je nanti kalau kamu tak maafkan aku. huhu.. ok, wa chow dulu..
.-= .:azizwan(dot)com punya entri terkini blog…Ada apa dengan gambar ini?:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

sama la bro..bro tak de wat silap pun ngn saya..hehe..nti raya kite mohon maaf lagi tau..kih3..tu silap nyer pendapat org2 melayu skg..maaf tak kire masa..hehe..

Balas

 
broSKL August 20, 2009 Reply

harap2 dapat la aku solat tarawih penuh tuk bulan ramadhan yg bakal tiba nt.. standart kt mana2 klo hari pertama penuh je surau atau masjid bila dah tgh2 atau dah nk last bulan tgh 4 -5 saff je..
.-= .:broSKL punya entri terkini blog…buat cop guna photoshop:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

sangat2 setuju bro..bila tgh bulan mmg kosong jer..salu time tu la lagi besar fadhilat kan..huhu

Balas

 
x-po August 20, 2009 Reply

pengalaman aku time pose, sblm sahur xtdo lgsg, then lps sahur bru tdo, pstu bgn2 je dh azan bkk pose..hancus tul huhu
.-= .:x-po punya entri terkini blog…NAPE JADI BEGINI….:. =-.

Balas

Roslan Nazri Reply:

waaaaaaaaaaaaahh!!! dasat giler..ko nak jadi kaum ape eh yang ditidurkan bape tahun tu ker?? nasib bangkit..kalo tido terus..hahaha..kejam giler tidorkan diri..huhu

Balas

x-po Reply:

haha tu la pls..tu la pengalaman aku..kali ni tak tau la cmne nnt..ekekeh

Balas

 
naz August 20, 2009 Reply

selamat berpose, esk terawih dah weyh. jom!
.-= .:naz punya entri terkini blog…Ini artikel serious:. =-.

Balas

 
mantra August 20, 2009 Reply

Selamat berpuasa kepada kawan-kawan sume. Bulan pose ni kena jaga nafsu dan penglihatan. Takleh cuci-cuci mata ni dosa (ceh!) huhu…

Semoga perbanyakkan amalan. Pahala berlipat kali ganda. Gunakan bulan ni sebaik-baiknya untuk backup 11 bulan yang kita sia-siakan. InsyaAllah…
.-= .:mantra punya entri terkini blog…Jom Belajar buat duit sampingan:. =-.

Balas

Leave a Reply