Muat Turun Angry Bird Rio Untuk Android 23/03/11

 


Seperti yang anda tahu. Rovio merupakan syarikat pengeluar permainan terkini mobile dan juga PC iaitu Angry Birds. Rugi siapa yang tidak pernah bermain permainan ini. Classmate aku yang takde handset atau pc pun suka main game ni dekat phone aku. Inikan pula orang yang ada PC dan Handphone kan? Angry Bird Rio merupakan versi terkini Angry Bird yang di lancarkan semalam di Amazon App Store oleh Rovio pada telefon bimbit Iphone dan juga Android sahaja buat masa ini. Yang menariknya Angry Bird Rio ini jauh lebih cantik grafiknya berbanding versi sebelum ini. Walaubagaimana pun ianya amat mendukacitakan kerana Angry Bird Rio versi percuma ini hanya boleh dimuat turun di negara Amerika Syarikat sahaja. Ramai yang menyuarakan perasaan tidak puas hati di Fan Page Angry Bird di facebook.

Seperti yang diberitahu, Angry Bird Rio bakal dilepaskan semalam di dalam App Store secara percuma pada 22 Mac 2011. Namun demikian, Pengguna yang berada di luar kawasan Amerika Syarikat tidak boleh langsung untuk memuat turun permainan ini kerana tidak berada di Amerika Syarikat. Oleh hal yang demikian, ingin aku kongsikan kepada pembaca blog ini yang menggunakan telefon beraplikasikan OS Android untuk memuat turun Angry Bird Rio ini secara percuma dan ianya telah di’cracked’kan tanpa mempunyai masalah tidak boleh bermain kerana tidak disokong di negara kita. Dengan adanya versi ‘crack’di harapkan dapat membantu anda yang kecewa kerana tidak dapat memuat turun permainan ini semalam. Jika Rovio bakal mengeluarkan Angry Bird Rio ini secara percuma kelak anda digalakkan untuk ‘uninstall’ versi ‘crack’ ini dan gantikan yang baru. Untuk pengetahuan anda, tiada jangka hayat yang ditetapkan dalam menggunakan permainan versi ‘cracked’ ini.

UPDATE!!! ANGRY BIRD RIO KINI BOLEH DI DAPATI DI ANDROID MARKET ATAU KLIK DI SINI

UNTUK MEMUAT TURUN PERMAINAN TELEFON INI SILA KLIK DI SINI

EXTRA PADA PEMBACA LAGU TEMA ANGRY BIRD RIO DOWNLOAD DI SINI

Percubaan kali kedua menggunakan ayat baku gagal nampaknya. =P

Artikel Yang Mungkin Berkaitan


You can leave a response, or trackback from your own site.

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

19 Responses to this article

 
aman March 23, 2011 Reply

masih gagal menggunakan bahasa baku yerk? hehe.

BTW, nie just untuk 24jam jer cam Amazon AppStore ke, atau untuk selamanya link download dia? Hehe~

Balas

Roslan Nazri Reply:

setakat ni versi ni takde pape pun popup bagitau 24 jam ataupun tidak..kemungkinan besar selama2nya…

gagal la weh haha

Balas

aman Reply:

memang leh guna selamanya. maksud aku, link download hang tue, memang selamanya akan hidup ke, atau 24jam jer? haha~

Balas

Roslan Nazri Reply:

selama-lamanya.. sebab aku upload guna account aku =) reupload balik

Balas

 
menteil March 23, 2011 Reply

tadi bising-bising tidak boleh.. memang mengada-ngadalah.. bagus tidak bahasa baku yang digunakan olehku sekarang ini?.. hehe..
sudah download..

Balas

aman Reply:

sudah muat-turun. haha. hang gagal gak. lalala~

Balas

Roslan Nazri Reply:

menteil failed haha

Balas

menteil Reply:

hahahampeh! tak perasan…

Balas

Roslan Nazri Reply:

baku tak hinggat sampai ckp sudah “download” bakunyer haha

Balas

 
nesca March 23, 2011 Reply

terima kasih la, baru struggle tadi install app store depa haha

Balas

Roslan Nazri Reply:

sama2.. =)

Balas

nesca Reply:

ni link tutorial utk sape2 yg nak dload angry birds rio secara agak halal :p

http://theandroidsite.com/2011/03/28/how-to-access-the-amazon-appstore-outside-of-the-us/

Balas

Roslan Nazri Reply:

ni halal punya http://bit.ly/hMIqp6

Balas

 
mesmerising1 March 23, 2011 Reply

baru2 nak belajar android~ hehe

Balas

Roslan Nazri Reply:

pelan2 bajar =p

Balas

 
Taylor March 23, 2011 Reply

Thanks for the sharing! Great game :)

Balas

Roslan Nazri Reply:

yeah ur welcome.. hope u enjoy it mate :)

Balas

 
wazy March 26, 2011 Reply

best game ni,aku dah try versi pc,tapi kalau versi mobile lagi syok,boleh main game ni kat mana-mana

Balas

puteh_linux Reply:

versi pc free ke berbayar bro?

Balas

Leave a Reply