Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

HSBB Kini Dalam Proses Pembikinan

16 Dec Posted by Roslan Nazri in Informasi | 54 comments
HSBB Kini Dalam Proses Pembikinan

Seronok dan kagum apabila mengetahui dan dapat melihat sendiri bagaimana proses fiber optik dilakukan. Mungkin kamu pernah membaca ataupun tidak entri lama yang pernah aku pos kan tentang hsbb ini tempoh masa lalu. Kini segalanya aku ingin perbetulkan, kamu patut lihat bagaimana rumitnya proses pemasangan fiber optik ini dilakukan dan yang pastinya hsbb / fiber optik ini akan dilakukan secara saringan. Tidak secara terus kepada semua pengguna. Bayangkan la masa yang diambil untuk pemasangan hsbb ini mengambil masa 10 jam. Sebelum kamu terus mengomen atau menidakkan perkara ini eloklah kamu hayati dan tontonilah video di bawah.

Amacam?? Puas hati tengok? Em susahkan nak memasangnya? Itulah aku nak perbetulkan. Proses 10 jam tu bukan sekejap. Lagi satu mereka akan contact owner rumah yang berkenaan serta meminta kebenaran untuk melakukan proses seperti di atas. Yang menariknya tarikh yang mereka rakamkan itu merupakan tarikh birthday/besday aku. Memang ade ong la hsbb ni dengan aku (saja off topic). Speednya bukan lagi 10mbps yang pernah aku cakap sebelum ni. Sebaliknya 13mbps-15mbps! Walaweh! Dia surf internet tv relax jer macam kita tengok tv1, tv2 , tv3 dan astro. Lebih menarik Malaysia juga bakal menyediakan perkhidmatan internet yang lebih murah berbanding sekarang. Boleh rujuk amanz.my dan yang terbaru pada berita harian hari ini 16/12/09.

Dari pengalaman yang mereka lalui ini mungkin ianya 100% aku akui dapat menghilangkan keraguan pelabur luar negara untuk berbelanja besar di negara kita. Kamu juga mesti tahu berkaitan syarikat Malaysia yang telah membeli social network Friendster sebagai langkah awal dalam menjadikan negara maju dalam kategori jalur lebar ini. Jikalau Malaysia banyak menyumbangkan perkhidmatan pada luar negara, Tidak dinafikan Malaysia kini boleh maju dengan lebih cepat. Bukan apa, negara luar seperti Jepun dan Korea telah lama menggunakan fiber optik ini. Kini tibalah masanya Malaysia untuk turut serta.

Tak perlu rasa ragu dengan rakyat Malaysia. Aku yakin dan pasti pengguna internet di Malaysia sangat ramai dan Streamyx sendiri tak dapat menampung bandwith yang digunakan oleh rakyat. Ada kejadian mengatakan TM telah menyekat penggunaan lebihan bandwith kepada pengguna internet yang gemar memuat turun data/fail dari internet, walhal pakej yang diberikan adalah unlimited. Tak patut bukan? Aku harap proses 10 jam di atas ini patut disegerakan agar perkataan tmnut, p1kimax, maxshit, sellkom ini tak lagi dijadikan bualan. Pembekal perkhidmatan internet juga dikatakan bakal tidak lagi di monopoli oleh TMNET sahaja. Kini semuanya bakal sama dalam penyaingan sihat, pantas dan cerdas.

Apa lagi??? Jangan la potong! Nanti internet takde! :)


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

 

54 comments


Tinggalkan Komen Anda Di Sini (Nama, Email & Web)

CommentLuv Enabled