twitter
  •  

Hidup Berani Untuk Gagal, Prinsip Pegangan Hidup Aku

| Posted in Informasi |

54

Seperti yang kamu tahu, tak ada dalam hidup ini kemewahan datang dengan mudah seperti bulan jatuh ke riba? Oh tidak. Aku ingin katakan, tanpa gagal kamu mungkin bukan seorang yang berjaya. Biarlah aku nak simpulkan sedikit kata dua berkaitan kegagalan dalam hidup ini.  Aku yakin dan percaya, seseorang yang tak pernah alami gagal dan sentiasa berjaya mesti sangat takut pada kegagalan. Itulah yang penting EQ tinggi berbanding IQ yang terlebih. Apabila kamu seorang yang terlampau pandai, emosi kamu jelas terganggu dan menjuruskan kepada kegagalan kekal. Aku salute pada cerita Forest Gump, dimana Gump adalah budak yang IQ nya rendah serta banyak lalui liku-liku hidup yang membebankan tetapi EQ nya yang tinggi membuatkan diri dan keluarganya hidup kaya. Itulah dikatakan Hidup Berani Untuk Gagal.

Ok cukup dengan penceritaan serba-serbi tentang kegagalan. Berani? Mestilah kena berani. Aku memang paling takut bila gagal. Namun kawan-kawan aku yang biasa gagal nampak cool ajer. Oh tidak! Dalam hati diorang siapa yang tahu. Semua orang takut gagal, tipu la kalau kau tak takut. Bermula dari zaman sekolah rendah, aku memang tak pernah gagal pun dalam mata pelajaran. Setelah masuk ke alam menengah, bermula la hidup terumbang-ambing aku. Mula la start gagal subjek tu, subjek ni. Pmr aku sekadar cukup makan. Spm? huh! Memang IPTA tak terima aku la beb! Sedih tak terkira la sebab aku gagal dalam mencari tempat di IPTA. Tu la akibat tak berusaha. Tapi aku main redah, berani punya pasal.

Alhamdulillah dengan beraninya aku pun masuk IPTS di terengganu dan sekarang telah diberi status IPTA. Aku berjaya tamatkan diploma aku dengan baik. Sejurus tamat belajar aku mohon IPTA untuk degree. Panggilan mengatakan aku gagal untuk memohon IPTA. 2 kali dah gagal beb! Frust menonggeng la. Aku tetap berani nak apply rayuan dan alhamdulillah aku berjaya. Sekarang aku masih menuntut di UPM Serdang. Tinggal lagi setahun nak habis. Percayalah, tanpa usaha kegagalan takkan jadi kejayaan. Kejayaan pula takkan ada tanpa keberanian. Hidup Berani Untuk Gagal, kamu mesti sahut cabaran ini.

Kalau tak menggelegak adrenalin kamu dalam badan memang bukan berani la sahut untuk hadapi kegagalan. Aku sendiri alami adrenalin ni tak tentu arah sebab nak jadapi hidup berani untuk gagal ni, dan itulah prinsip hidup aku.

____________________________________________________________________________________________

Ini adalah contest terakhir untuk penutup tahun 2009 yang dianjurkan oleh denaihati. Semoga contest ini akan memberi manafaat kepada ramai teman-teman blogger dan semuga contest ini juga dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar.

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

1. Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

2. Kepada yang rajin mempromosi contestHIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya.

3. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contestHIDUP BERANI UNTUK GAGAL

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English. Tak kisah cina ke ape, janji artikel dalam malay or english.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dan saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog : contoh saya tahu contestHIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog Roslan Nazri.

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contestHIDUP BERANI UNTUK GAGAL” di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

SAYA TAHU CONTEST INI DARI BLOG aenaz.


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Comments (54)

tahniah kerana berani mencuba dan terus mencuba nasib.. 3 kali ko apply erk? apsal kene reject? huu~

err.. aku rasa ada 1 syarat ko x lengkapkan kat contest ni.. :P

[Reply]

Mr.Bintang Reply:

aik.. dah update pun.. hehe.. abaikan kenyataan aku kat atas.. ekekek… :D

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

haha aku agak pening kontest ni actually…tah..try jerla..ade nasib..ok ler..kui3 :)

[Reply]

diden Reply:

khe.. khe.. khee

[Reply]

nie ke contest 2?aku ada baca gak hari tu kat blog sape ntah pasal contest nie… 8)

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

haah..try jer..huhu aku baru try arini..saje suke..pada hal dah lame da..adeh

[Reply]

adoi~ berani ko mencube ek! =p ahaah gudluck~
.:Faer punya entri terkini blog…Setakat ni Nuffang: RM26, adsense: $100000.18 jer~:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

saje suke2 mencuber..ade nasib ade la tuh..kui3

[Reply]

berani ko cuba ye..tambah lg satu saingan aku ..cis..hehe

gud luk bro..same2la kita berani untuk gagal…=)

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

haha saje berani nak gagal..lagi pun tak berupdate lak blog ni nanti..salah satu tektik update blog..kih3..

[Reply]

aku x pandai join kontes…

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

moh ler cube nasib..ni aku pun baru 1st time..asyik nengok orang jer..kui3

[Reply]

azizan4444 Reply:

idea tu idea.tp cm xde harapan.blog aku baru.seo kurang mantap lg.hahaahah…klu aku otai xpe la.muhaaha..season dpn aku try..cis..season tuh.kah3 8)

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

kah3..tergolek2 aku baca komen ko nih..haha..aku pun baru try..aku tulis semalam..mula2 aku kat page 3 search..skg dlm page 2 search..tolong la rajin2 klik entri ni eh..hehe..aku akan kasi balasan beb..hehe..kalo ko wat entri referal aku..aku dpt 10 hengget..ko nak 10 hengget tu amik la aku kasi..amacam? heh3..jht giler aku promote ek?haha

[Reply]

8) thanks jadikan aku referral. dpt 10 hengget pun dah syukur utk contest ni. semua hebat2 dey, xlarat nak kejar :bloody:

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

huh sama2..tolong menolong satu sama lain..kih3..aku byk jadi silent reader lak..kui3..masa nak mengomen lak pasni blog2 org..aku pun saje je ni..nak tambahkan entri jer..hehe :)

[Reply]

oke good posting tentang prinsip hidup.. dan smua orang mempunya..prinsipp masing masing….thank infonya

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

yup setiap orang ada prinsip..pastikan prinsip anda berada di landasan yang betul..itu je ;)

[Reply]

abihh laaa.. otai dh join.. :aie: .:Anarm punya entri terkini blog…AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

tak de nye otai..ko lagi otai..aku saje join ler..tambah entri..malas bior kosong..haha :)
lame tak berupdate.. :aie:

[Reply]

wow..dasat2..ayat yg diguna pakai pun dasat2..hehe
semoga berjaya bro..hehe

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

tak de mane ler dasat..baru join jer..tak sampai sehari pun lagi..kui3..saje ngetest jer..mekasih yer…ko pun da lame join kan? hehe..semoga berjaya jugak..aku tak harap pun..meriahkan dan bagi org kenal blog aku jer..hehe :)

[Reply]

Teruskan usaha…Good luck =)

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

thanx bro…hehe wat la artikel BI kat sana..mat salleh join kot nti..hehe :)

[Reply]

untuk melihat sejauh mana potensi diri kita, kita harus berani untuk mencuba sesuatu yang baru serta mempunyai banyak cabaran.. kegagalan tidak akan melemahkan kita sebaliknya kita kan berusaha untuk bangkit dari kegagalan untuk menjadi lebih baik.. =)
.:Putra Al-Maliki punya entri terkini blog…Alam Mahsyar (Siri 1):. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

yup…thanx for advise bro…sama2 la memperingati satu sama lain agak tak terkuar dari landasan yang sepatutnya…thanx again ;)

[Reply]

Seronok baca entri ni. Kisah yang boleh beri motivasi kepada semua. Tahniah juga kerana sahut cabaran Berani Gagal. Menang kalah itu tidak penting tetapi sumbangan cerita motivasi itu telah menjadi pemenang dengan ganjaran Pahala. Blog ni peserta ke 90.
.:denaihati punya entri terkini blog…HIDUP BERANI UNTUK GAGAL selami hati mereka:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

thanx bro…saja turut mencuba..dalam masa sama leh kenal blogger2 baru…thanx buatkan contest ni..mng kalah saya tak kisah pun…

[Reply]

good luck untuk contest ni bro
.:wazy punya entri terkini blog…16 E-Book Percuma Newbie Untuk Di Download:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

hehe tq bro..ko pun ape kurang nyer..gud luck juge… :)

[Reply]

Good luck bro..
mantap2..
.:Melayu punya entri terkini blog…Video Hidup Berani Untuk Gagal:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

hehe same2…gud luck utk ko juge…saje duk baca2 entri kawan2 yg join

[Reply]

8) he he beran gagal, percubaan yang menarik adventures yeaaahh
.:nora punya entri terkini blog…Gadis dan Bunga:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

saje memberanikan diri..konon..hahah..thanx..

[Reply]

wah. join gak. all the best!

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

ramai join..aku pun menyampuk la join..hehe..thanx..u too

[Reply]

bro, watkan aku skali..hehe :p

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

haha macam la aku rajin sgt…kui3..ni pun kira leh kasi update sambil kongsi story..kih3… :)

[Reply]

roslan.. good luck ye..~

mmg manusia perlu gagal untuk berjaya!~..

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

hehe thanx..betol tu..apa2 pun mula dari bawah..takde nyer terus2 ade..huhu

[Reply]

Wah, di UPM ye. Adik kami pun di UPM. Kalau dapat result elok nanti sambunglah Master pulak.
.:blogresipi punya entri terkini blog…Cendawan Goreng Dengan Telur:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

yeker? lame dah ke kat upm tuh?insya… tapi kepale ni pun agak berat jgk..nak sambung tu ok jer..kui3 :)

[Reply]

wah..deco kagum ngan semangat kamu..camni la digelar lelaki sejati~tak mudah mengaku kalah n hadapi kegagalan ngan positif….May Allah bless u… Mudah-mudahan anda terus berjaya dunia -akhirat…
.:deco punya entri terkini blog…Sticky Note : Cabaran Eksperimen Bahasa.:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

huhu blushing jap :love:
takde la..juz pikir positif jer..dan tak kelam kabut..tu jer style lan…salah ke ape ke..berani jer tempuhi..hehe..walaupun adrenalin ni sebenarnyer tahap maksima tempuhi bende2 camtu.. :[

[Reply]

salam Lan..hehe gudluck gak untuk ko ..thanks..nice entri ko wat….ko mmg power hehe aku suka baca..

hmm yg kawan ko tuh nama apa ek ? kawen kat Repoh tu..sebab 19hb nih ada 4 buah rumah kenduri tak silap aku…owhh akak kau duk arau ek…

takpe nanti DM kat Twitter sng..thanks bro..hehe…

Jangan biarkan diri kita dibelungi kegagalan.Zasss..hehe…
.:Nine punya entri terkini blog…HIDUP BERANI UNTUK GAGAL:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

hehe thanx nine..
thanx sekali lagi sebab baca..
em kawan aku tu nama dia zarul afiq bin rosmi pompuan dia aku tak igt lak nama..aku gi alor setar jumaat ni…duk jitra..19hb tu adik akak ipar aku kawin…so melepak la kedah..tp igt aku 19hb tu aku lepak lame kot kat kenduri kawin kwn aku tu..aku tanye dia…leh ke jemput mmbr..dia kata tak kisah..asal kawan2..hehe..dekat masjid repoh tu..kat jejambat..huhuhu..

eh DM la cecepat no ko.. http://www.twitter.com/qiilans87
:) ade rezeki leh jumpe ko..tambah koleksi aku jumpe blogger2..

[Reply]

Salam,
Gud luck bro… setiap org pasti pernah merasai kegagalan.. cuma usaha gigih yg akan dapat mengatasi kegagalan.. teruskan usaha dalam hidup.. :)

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

hehe tol tu bro..gud luck utk ko sebenarnyer…aku takde arap pun..saje nak kasi blog update..pe salah cite pasal diri sendiri lak..hehe..

[Reply]

entry yang sungguh menarik… gagal skali x semestinya gagal selamanya
.:zuwairiaiman punya entri terkini blog…Charity Program:. My ComLuv Profile

[Reply]

aku tak sempat la nak join contest hidup berani untuk gagal ni. ucapkan selamat je la kat sape2 yang menyertai contest hidup berani untuk gagal ni. semoga berjaya bro. hidup kena berani
.:diaien punya entri terkini blog…Cara mengelakkan emel spam:. My ComLuv Profile

[Reply]

mat aih.. byak giler word yang di tag… er, bro..nak tanye ciket ni… tag ngan label tu same ke beza?? kalau beza, ape bezanya dan camne nak wat tag??… apa kelebihan pulak? hehehe..baru ank belajar sal tag ni..arap sudi tolong… tunjuk ajarku sifu~~~..
leh comment kat mane2 entry lam blog aried,nt aried baca..betol2 nak belajr ni.. :bloody:

http://mathsensei.blogspot.com/

p/s: gud luck…

[Reply]

gud luck bro…
.:mancai punya entri terkini blog…aku di telco & post:. My ComLuv Profile

[Reply]

Teruskan usaha. Dari segi dunia blog, nampaknya anda sudah mengecap sedikit kejayaan. Moga saya dapat sedikit semangat anda dan dapat berkongsi ilmu.
Sedikit mahu tanya, Macammana cara masukkan link entry terbaru pengomen, seperti dibawah?
.:Hadjie punya entri terkini blog…Berangan-anganlah Sebentar:. My ComLuv Profile

[Reply]

Roslan Nazri Reply:

terima kasih sebab kasi sokongan pada saya… ni pun bermula dari zero gak..tgk kawan2 len berblogging..yg penting blog ikut cara anda sendiri aje.. tgk sini untuk komen & entri baru tersebut http://www.commentluv.com/

[Reply]

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

[close]