Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Happy Birthday & Holiday To Me

Alhamdulillah syukur, thanx for everyone in single word wishing me happy birthday. Lega rasanya lepas dari exam pada hari yang bermakna ni. Agak tak bernasib baik jugak pada kali ni 1st time ever aku sakit waktu birthday sendiri. Haha. Takpe la, mungkin disebabkan hujan panas yang tak menentu sekarang ni yang membuatkan antibodi aku tak selesa. Tawakal jer la apa yang aku jawap exam harini. Terima kasih sekali lagi kepada member-member yang wish tak kira la sms, facebook (frenster tak wujud dah kot), twitter (pada yg wish jela) dan tak lupa jugak dalam blog aku ni. So today is birthday boy la yek? Haha, tula kutuk orang lain last-last turn aku jugak. Moga-moga hari yang mendatang ni akan berjaya ku tempuhi dengan jayanya.

Wish list untuk 22 birthday ni ape yek? Aku nak try achieve apa yang sepatutnya selepas ni. Aku rasa macam semester ni paling tah apa-apa la aku buat kat Upm ni. Tak lupa jugak aku banyak kenal kawan dalam dunia internet ni. Korang memang sangat sporting. Tak lupa jugak dengan gathering dari encik eddie NH dan bat #sembanglebat memang ramai aku kenal desingner dan web developer ni. Walaupun aku takde ciri-ciri itu semua, tapi aku minat jer nak tau tentang teknologi ni. Hmmm… So aku still tunggu hari yang ada orang sambut birthday aku. Hope berjalan lancar la nanti. Tak sabar plak nak tunggu.

Hoiliday hoyeah! Itu la saat yang aku tunggu. Nak membuang masa kat kampung sebulan kot. Haha. Rindu gila kat Mak Bapak aku kat Kuala Kangsar tu. Tak lupa jugak penjaga hometown aku Encik Ansori Sakor. Harap-harap deme jage kualer tu leklok la yek. Cendol laksa semua macam memanggil jer aku suruh pulang tanah air. Buat wafiq a.k.a wfxyz yang baru aku kenal kat #sembanglebat baru-baru ni, aku nak balik kualer ni jangan jeles ek! Tak sangka orang kampung aku web designer ni. Awek-awek diluar sana sila la ngorat beliau yer.

Finally aku nak ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi menjenguk-jenguk, melawat dan meninggalkan komen di blog aku ni. Tanpa anda siapalah aku. Thanx to my mom and dad, tanpa mereka tiadalah aku disini. Aku dilahirkan di Hospital Taiping pada 12 November 1987 pada pukul 8.54 malam dengan berat 3 kg (lebih tak ingat aku).


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

 

28 comments


Tinggalkan Komen Anda Di Sini (Nama, Email & Web)

CommentLuv Enabled