Samsung Galaxy S II (Software Review) 14/06/11
 
Pada entri sebelum ini aku dah cerita serba sedikit tentang hardware yang digunakan oleh Samsung Galaxy S II dan kali ini aku nak berceritakan tentang software yang diguna pakai dan dicipta khas oleh Samsung kepada pengguna SGS 2 ini. Untuk pengetahuan anda Samsung telah mengemaskini UI atau User Interface mereka pada SGS 2 ini, di mana tidak ada lagi telefon Samsung yang sehebat SGS 2 di pasaran ketika ini (kalau ada pun mungkin Samsung tengah buat kat kilang).
Apa yang aku nak bincangkan di sini adalah software yang aku rasa WOW faktor pada pandangan aku. Kalau setakat Market dan Gallery view rasanya tak perlu kot. Masing-masing dah tahu macam mana nak pergi ke Gallery, Music dan Market. Jom kita lihat software built-in oleh SGS 2 ini.
User Interface
Samsung menggunakan TouchWiz 4.0 iaitu launcher yang paling baru dengan dikemaskini oleh beberapa fungsi baru dan interface yang jauh lebih baik dari Samsung Galaxy S. Namun begitu, fungsi plain lockscreen wallpaper adalah amat membosankan dari pandangan aku. Dari segi UI yang digunakan TouchWiz Samsung ini aku boleh cakap amat membosankan dan ianya jauh terbelakang jika dibandingkan dengan Htc Sense 3.0 yang mana lebih memfokuskan pelbagai widget dan fungsi 3D kerana telefon ini mampu mengendalikan fungsi tersebut lebih baik berbanding Htc Sensation. Itu adalah dari pengamatan aku (dah cuba 2-2 telefon ini).
Walaupun aku tak berapa berkenan dengan UI TouchWiz ini, namun ianya lebih pantas dari Stock Htc Sense 3.0 Rom dan tanpa perlu sedikit pun modifikasi telefon ini mampu mencapai kepantasan dan kelancaran seperti anda menggunakan Custom Rom pada telefon tersebut. Sangat lancar dan pantas. Cuma UI TouchWiz agak buruk dan terbelakang berbanding Htc Sense.
Voice Command
Ini adalah famous applikasi yang diwar-warkan oleh Samsung dalam teaser iklan SGS 2 ini. Nak tau macam mana fungsi dia? Jom lihat video di bawah. Jadi takdelah susah-susah dah korang lepas ni nak menaip semasa memandu mahupun tangan basah ketika itu.
Apa yang kurang di dalam fungsi ini adalah memerlukan internet connection untuk berfungsi samada mobile internet ataupun wifi. Sebab itulah Samsung dah sediakan 1650mAh agar SGS 2 ini mampu bertahan lebih lama.
Motion Setting
Benda ini adalah perkara baru bagi aku dan mungkin pengguna lain yan tak pernah menggunakan SGS 2 ini. Walaupun ada 4 fungsi yang disediakan seperti Turn Over, Tilt, Panning dan Double Tap. Perkara yang betul-betul menarik perhatian aku adalah fungsi Tilt dan juga Panning. Jom kita lihat video di bawah.
Task Manager
Kebiasaannya pengguna Android akan menggunakan task killer atau aplikasi sewaktu dengannya untuk mematikan aplikasi yang ‘running on background’. Jadi dengan SGS 2 anda tidak perlu lagi third party tersebut. Pada pengamatan aku ianya amat mudah dan berkesan untuk digunakan. Hanya perlu exit all application atau application tertentu sahaja ataupun clear memory yang mana semua aplikasi yang sedang berjalan akan dimatikan serta merta bagi mengoptimakan penggunaan memori seperti baru digunakan.
Social Hub, Music Hub, Readers Hub & Game Hub
Daripada keempat-empat ini hanya dua sahaja yang aku betul-betul gunakan seperti Social Hub dan Readers Hub. Seperti biasa ia adalah aplikasi built-in sedia ada untuk anda berfacebook, twitter dan lain-lain lagi social network. Apa yang kurang adalah UI Hub tersebut yang tersangat plain dan bosan.
Readers Hub pula bagi aku agak memuaskan kerana anda akan mudah untuk memuat turun akhbar terkini secara PDF, Cuma ianya memerlukan credit untuk membeli akhbar tersebut. Jangan risau kerana anda dibekalkan credit trial bagi mencuba fungsi ini terlebih dahulu. Jikalau berpuas hati anda boleh terus subscribe dari Readers Hub ini setiap hari.
Music Hub pula tidak disokong di Negara ini dan ianya agak mengecewakan.
Game Hub pula menyediakan social game dan premium game. Dimana penggemar Gameloft pasti tak tahan untuk membeli game-game tersebut dan sebelum membeli anda diberi peluang untuk mencuba trial game terlebih dahulu. Jikalau OK teruskan sahaja membeli.
Photo Editor & Video Maker
Kalau korang bosan-bosan korang boleh gunakan photo editor ni. Fungsinya sudah hamper sama dengan photoshop dan juga ianya lebih advance dari Photshop Express yang boleh di dapati di dalam Android Market.
Feel like an iOS? Not really. Video maker yang jauh lebih baik dan sangat berlainan dari ios. Korang jugak boleh cut and create plus an effect korang punya video sendiri samada dari gambar atau rakaman video. Seriusly friendly user. Mudah digunakan. Lebih kepada movie maker windows.
Benchmark
Dari segi penanda aras pula. SGS 2 merupakan telefon terbaik Android setakat ini. Dengan menggunakan Quadrant Standard daripada Market secara percuma hasilnya adalah SGS 2 mampu mendapat skor tertinggin 3000 ke atas dan ianya tidak menggunakan apa-apa modifikasi ke atas telefon ini. Cuba bayangkan telefon ini sudah berada dalam mode modified? Sudah tentu hasilnya lebih baik daripada ini.
Gaming Experience
Dengan menggunakan processor dual core sudah tentu telefon ini menjaminkan mutu permainan yang lebih pantas dan lancar berbanding single core processor. Nak main game pun best dengan battery yang lebih tahan lama. Cumanya segala premium games nak guna perlu bayar (versi crack kebanyakannya unsupported) dan tidak disokong oleh SGS 2. Lagi pun telefon ini masih baru dipasaran dan developer game masih lagi dalam mode ujikaji untuk membolehkan SGS 2 mampu menyokong kesemua game premium daripada Gameloft.
Screenshot @ Print Screen Tanpa Menggunakan Aplikasi
Kebiasaanya telefon android memerlukan aplikasi seperti Shootme untuk melakukan process screenshot atau print screen pada telefon mereka dan juga telefon perlu di’root’ terlebih dahulu. Namun bagi pengguna SGS 2 dan mungkin kesemua telefon android samsung anda tidak perlu melakukan semua itu. Anda hanya perlu tips print screen yang hampir sama dengan konsep iOS.
Caranya adalah; Click Home button 1st dan hold immediately click power button dan hold. Kemudian lepaskan power button akan ada satu effect dan bunyi seperti camera shutter snap dan ia menunjukkan anda berjaya. Untuk melihat kembali screenshot tersebut, anda perlu ke gallery dan cari di dalam folder ScreenCapture.
Secara keseluruhannya Samsung Galaxy S II amat pantas dan lancar berbanding telefon android yang lain. Reka bentuk yang sedap mata memandang dan mudah dipegang. Cuma terlalu ringan serta UI Samsung yang aku kurang berkenan berbanding dengan Htc UI. Harapannya agar Samsung boleh memperbahurui mutu dan kualiti TouchWiz supaya setanding dengan Htc Sense. Dah mempunyai hardware yang mantap rasanya tidak sukar untuk Samsung menandingi Htc. Saya kasi 4.5/5 Bintang terhadap telefon ini.
Random Posts
You can leave a response, or trackback from your own site.


















No Responses to this article