Samsung Galaxy S II (Hardware Review) 14/06/11

 


Sebelum ini pernah aku ceritakan tentang awesomeness pada Samsung Galaxy II. Jadi jom kita lihat apa keleihan pada SGS 2 ini?

Superb 1.2 GHz Dual Core Processor

Perkara yang paling aku suka dalam telefon ini adala processor yang dimiliki oleh SGS 2 ini. Nak dibandingkan dengan telefon pintar mudah alih bukan Android seperti iOS dan Blackberry. Masing-masing masih belum mampu mencapai kecanggihan yang dimiliki oleh SGS 2 ini dan banyak dari review yang aku kaji SGS 2 merupakan telefon pintar yang paling hebat yang pernah dihasilkan pada tahun ini sehingga bulan 6 ini.

Body & Screen

Menggunakan Super Amoled Plus Display dan kaca skrin kaca Gorila yang mana ianya merupakan screen kaca antara yang paling tahan lasak yang pernah dihasilkan pada telefon pintar mudah alih. Tak percaya anda boleh cari sendiri di youtube berkaitan dengan ‘Gorilla Glass”. Body pada bahagian hadapan agak solid dan bentuk segi empat yang “Eye Candy” membuatkan ianya senang digenggam dan kemas. Body yang yang nipis serta ringan membuatkan ianya sesuai digunakan oleh golongan lelaki atau perempuan.

Apa yang membuatkan aku tidak suka adalah penutup back cover telefon ini adalah tersangat nipis. Walaupun ianya diperbuat dari polycarbonate glass fiber, namun ianya dilihat seperti mudah patah atau bengkok jika tersilap langkah. Lain-lain reka bentuk skrin dan body SGS 2 ini adalah awesome. Skrin 4.3 inci dengan paparan Super Amoled Plus ternyata ianya mampu menandingi Retina Display iPhone 4.

Speaker

Ternyata bunyi speaker pada SGS 2 tidak mengecewakan aku. Bunyinya agak kuat walaupun speaker pada belakang SGS 2 ini dilihat agak kecil dan seperti tidak mampu menghasilkan bunyi yang kuat. Pada ketika ini banyak telefon pintar mudah alih dipasaran hanya mementingkan isi kandungan di dalam telefon berbanding fungsi speaker dan ianya seperti dilupakan begitu sahaja. Namun ianya tidak dilupakan pada SGS 2. Bunyi yang kuat dan awesome.

RAM & Memory

Untuk pengetahuan anda SGS 2 memiliki RAM 1GB dan ianya setanding dengan laptop atau netbook masa kini dan bayangkan ianya hanyalah sebuah telefon mudah alih. SGS 2 merupakan telefon yang mampu berfungsi dengan baik jika ianya digunakan sebagai ‘Multitasking’ dan anda tidak perlu risau jika terlupa untuk menutup aplikasi setelah menggunakannya.

SGS 2 menyediakan 16GB/32GB ianya mempunyai 2 versi dan telefon yang aku review ini memiliki 16GB memori dalaman dan menyokong microSD sehingga 32GB. Puas hati bukan?

Camera

8.0 Megapixel dengan dual LED flash serta menyokong fungsi rakaman 1080P sudah cukup membuatkan anda teruja. Jika anda seorang yang suka travel SGS 2 sudah mampu menggantikan compact camera yang anda miliki. Hasil gambar jauh lebih baik dari telefon-telefon lain yang memiliki 8.0 Megapixel. Gambar-gambar akan saya sertakan sedikit masa lagi. Jika anda ingin membuat panggilan telefon menerusi video call samada viber, tango, skype, google talk mahupun yahoo messenger, SGS 2 memiliki 2.0 Megapixel pada kamera hadapannya dan ianya amat sempurna untuk digunakan.

Gambar di atas adalah dari Kamera 8.0 MP tanpa flash dan gambar dibawah daripada kamera hadapan SGS 2.0 MP

OK macamana pulak dengan kualiti camera recording? Jom kita lihat hasil tersebut dalam 2 video di bawah. Peringatan! Anda boleh ubah setting pada youtube dibawah kepada 1080p HD untuk lihat kualiti video yang asal.

Battery

Dengan kapasiti 1650mAh SGS 2 mampu bertahan lebih lama berbanding telefon mudah alih lain. Dengan teknologi baru SGS 2 sudah bersedia menyediakan high capacity battery bagi memuaskan hati pengguna. Bagi aku battery SGS 2 masih belum cukup baik untuk untuk bertahan degan lebih lama. Namun jika anda menggunakannya secara medium ianya mampu bertahan lebih lama. Setakat ini 12 jam menggunakan WiFi battery masih lagi mampu bertahan cuma ianya masih cepat habis jika menggunakan 3G HSDPA.

Internet Browser

Tanpa memerlukan add on atau third party browser application. Stock browser pada SGS 2 sudah cukup pantas untuk digunakan. Setakat ini masih belum ada telefon yang mampu menandingi kepantasan browser pada SGS 2. Dengan menyokong fungsi flash dan multi touch dan multi motion ianya membuat SGS 2 antara yang terpantas dan pada aku adalah browser telefon pintar mudah alih yang paling pantas yang pernah aku cuba. HTC dan iPhone4 juga kalah jika dibandingkan dengan kepantasan dan kelancaran Internet Browser pada SGS 2 ini.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan aplikasi sedia ada pada SGS 2 ini tunggu pada entri akan datang yang berceritakan tentang Software pada SGS 2 ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Random Posts


You can leave a response, or trackback from your own site.

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

8 Responses to this article

 
zelo55 June 14, 2011 Reply

gambar dari kamera depan itu amatlah ohsem!

one thing that i must say about this phone is the fact that its camera is super awesome and not a let down!
gambar lawa..kaler precise..both depan and belakang is a masterpiece!

Balas

 
Eizil June 14, 2011 Reply

Perghh… mantap tul phone ni… huhuhu…

Balas

 
Piston Pecah June 14, 2011 Reply

makin lama makin nipis..

Balas

 
bubbles182 June 14, 2011 Reply

Lan, x retak ke camera depan tu tangkap gambar budak berdua tu? Hahaha.

Balas

zelo55 Reply:

alaaa ape ni kak ju alaaa alaaaaa…..

*kecewa*

Balas

 
Hisyam June 26, 2011 Reply

OMG (Oh Menarik Gila) !

Balas

 
elyana June 27, 2011 Reply

salam..hai..blh tnye x??video call x guna internet blh kn??video call mcm biasa..x memerlukn internet..

Balas

 
apiszz August 9, 2011 Reply

Salam bang….Sy nak minx tlg sesangat….sy belajar di mesir Dan baru nie sy ader beli samsung galaxy tab……Dan problem nyer sy x bleh nak guna market kt Dlm tuh…..minx tlg sesangat……thanx a lot….

Balas

Leave a Reply