Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Final Exam Week, Wish Me Luck

So final exam dah dekat, memang pun dah esok aku baru start exam. Pada hal musim exam dah bermula pun isnin lepas. Aku je yang exam lambat skit. Gap pun alhamdulillah banyak la jugak. So boleh la aku stduy or stado (tah bila aku study). Apa pun aku sangat gabra (takut) tapi buat-buat tak tau je untuk paper 1st esok yang merangkap paper killer aku semester ni. Kena banyakkan usaha berdoa dan tak tinggal solat apa semua insya… boleh. Kesihatan pun aku kena jaga. Bersyukur sangat semester ni aku tak kena demam macam selalu-selalu terjadi pada aku bila nak hujung semester. Tentulah masa exam macamni.

Pada korang yang mungkin tengah exam atau akan exam tu aku doakan kejayaan korang juga, moga-moga apa yang korang belajar tu dapat di aplikasikan di atas paper exam korang ye. I wish u luck ok! Wish me luck too. TQVM.  2 minggu exam rasanya blog ni akan dibiarkan sementara la kot. Kalau blog live blogging tuh insya… akan di update kot dari masa ke semasa bila aku rasa benda tu aku nak upload kat internet, aku akan update.

TIPS RAWAK SEBELUM DAN KETIKA EXAM DARI AKU

Nasihat dan etika ketika exam. Ada tips skit, jangan meniru atau memberi orang tiru ketika exam. Datang tepat pada waktunya. Jangan la exam 8.30 pagi, masuk dewan 9.00 pagi. Pastikan dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa semasa exam ada bersama anda (slip exam dan kad metrik) but not toyol (nota kecil) la bawak bersama. Jangan lupa silent mode kan hp anda atau matikan terus (orang lain ada hp jugak sebok nak bagi orang dengar ringtone dia). Sebelum hari exam pastikan tidur anda juga mencukupi dan jangan kurang tidur, study bagai nak rak last-last masuk dewan exam blur camtu je (pernah jadi pada member aku). Em apa lagi yek tertinggal? Kalau ada kurang sila tokok tambah la ye. Jangan lupa pakai baju bersesuaian dengan etika exam and last but not least korang jangan tak mandi lak masuk dalam dewan. Tau la ade masalah air sekarang ni. Huhu.

P/S… Tengah tunggu ilham atau hidayah untuk study dengan rajinnya senantiasa. :)


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

 

60 comments


Tinggalkan Komen Anda Di Sini (Nama, Email & Web)

CommentLuv Enabled