Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Fakap! Aku Dah Kembali Ke UPM

09 Jul Posted by Roslan Nazri in Informasi | 25 comments

Adesh! arghh!!! menjerit la aku dikala pelajar-pelajar IPTA mahupun IPTS yang lain sebok belajar. Kelas  pagi petang yang tak menetu. Ditambah dengan cuti hari Jumaat telah dicuri oleh pensyarah yang tak berhati perut kepada pelajar. Weh! Aku nak cuti la. Yang pergi suka-suka wat kelas Jumaat ape hal? Fakap tu bukan mencarut yer. Korang boleh usha @ tengok sendiri apa yang didefinasikan oleh fakap tersebut oleh komuniti yang aku sangat support. Nak update blog lama dah. Apakan daya Fakap always happen to my life. Haha, enough stress talking. Korang boleh pergi sini untuk definisi lanjut tentang fakap komuniti.

Semalam malam 8/7 aku selamat tiba di UPM dan sepatutnya aku datang 5/7 haha. Kong 2 hari. Apakan daya hati masih dirumah. Jasad sahaja di UPM. Aku ade sorang kawan yang baru balik Mesir, cuti dia sampai bulan 11. Aku jamin mamat ni bila balik sana nanti merana la ingat Malaysia. Bayangkanlah cuti 5 bulan, Aku yang 2 bulan setengah pun dah rasa malas nak belajar. Ini kan 5 bulan. Memang stuck kepala otak camtu. Mana-mana rakan blogger yang juga masih belajar aku nak ucapkan selamat belajar. Homesick tu kalau nak hilangkan jangan la duduk sorang-sorang ye.

Gila ah malas rasanya nak pergi kuliah. Esok kena pergi awal pagi kelas. Naya-naya bangun awal. Betul la cakap kawan aku yang dah bekerja. Kerja lagi seronok dari belajar. Pepatah siapa entahler. Buat yang tak tau la. Aku ni belajar kat UPM dalam bidang BSc. Pembangunan Sumber Manusia tak pun nama lain die HRD. Mungkin sebab aku baru sampai, tu yang rasa boring lagi ni. Tak pe, tak pe, aku kena bukak buku baru. Belajar lebih baik dari dulu. Perkara best tentang bilik baru aku plak. Em bilik baru ni bawah sekali, dekat dengan pencawang wireless (so laju la tenet), roomate belom ade soulmate ngan aku lagi (haha) dak sabah, yang bagus dia tak merokok. So para perokok di luar sana berenti la merokok, bazir duit jer, pastu kasi orang cam aku jadi 2nd smoker. Mati la aku. haha

Habis cerita baru masuk, cerita pasal apa yang aku ada pulak. Malas nak reveal lagi awal-awal dulu sebab banyakdah komuniti kita dah join pun bende ni. Bukan MLM la. Ni gadget komuniti jer. Aku dah pun memiliki Nokia 5800 XM yang pernah di gembar gemburkan oleh geng-geng blogger kita macam just khai, firdee, owner blog familiku dan banyak lagi la. Sori kalau tertinggal nama korang yer. Kagum taksub dan takjub la dengan adanya handphone gadget sebegini dan harganya tidak lah semahal dari segi rupa. Mungkin korang beli dekat RM1k, tapi aku dapat below 1k. Mane tak nye jenuh bodek dan taknak suh dia install garmin. Gila ah nak rm100 semata-mata install Garmin. Last-last Garmin tu abang aku yang tolong install kan dan succesfully. Cara dia pun tak susah dari apa tutorial skema yang ada dalam internet ni. Ada jugak dengar cerita dari eins jomphp dia ada pakai software gps macam Garmin ni Ndrive nama dia. Katanya lebih cool dan senang berbanding Garmin. Takpe la nanti belajar dengan dia plak.

Ha korang dah pernah tengok orang pakai software tu? Sure tak sesat oooo. Semua tempat ada dalam Malaysia. Nak update maps selalu la jenguk di sini. Lagi best dari maps yang ada korang download dari tutorial tuh. Alamak tajuk entri dah tukar jadi tajuk handphone plak. Lagi satu cool gadget pada aku la photobrowser yang mana boleh didapati di nokiabeta labs. Agak menarik la dengan sistem seakan iphone. Yang nak beli iphone tu pikir labanyak kali yek, baik n97. Ada banyak la kelebihan nokia ni. Korang boleh download application tersebut di sini.

Sebenarnya banyak nak update ni still dalam draft. Aku akan wat contest kat sini tak  lama lagi dan jangan lupa join dan ikut terma dan syarat. Tak perlu pembayaran. Cuma dapat hadiah. Hehe. User Nokia 5800XM dan N97 lets rulez our handphone! apa-apa hal benda baru kongsi la yerk.


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

 

25 comments


Tinggalkan Komen Anda Di Sini (Nama, Email & Web)

CommentLuv Enabled