Close

Not a member yet? Register now and get started.

lock and key

Sign in to your account.

Account Login

Forgot your password?

Astro Beyond Blogger Night Organized By Nuffnang At Modesto’s Desa Sri Hartamas

17 Jan Posted by Roslan Nazri in Informasi | 76 comments
Astro Beyond Blogger Night Organized By Nuffnang At Modesto’s Desa Sri Hartamas

Entri ini merupakan review aku kepada program ataupun event yang baru dianjurkan oleh nuffnang minggu lepas. Ini adalah 1st time dan 1st event aku join program sebegini. Rasa excited la mula-mula. Nasib ada geng yang dah pakat sebelum pergi iaitu dengan bro khafif aka kayz dan blowie aka tengku aizat. Nak mencari Modesto’s dah satu hal. Aku terpergi Plaza Damaz. Modesto’s situ kecik je, dengan takde sesape pun situ. Memang sah-sah aku dah salah tempat. Tanya punya tanya la pada orang kat kaunter Modesto’s Plaza Damaz tu. Memang sah aku salah tempat. Dia kata depan lagi kat Desa Sri Hartamas. Tempat yang aku pergi tu kat Sri Hartamas. Dengan semangat aku tanya orang tepi-tepi jalan. Sampai jugak aku ke tempat kejadian.

Lalu tepi modesto’s tersebut dah nampak board-board astro beyond. Yeah! Finally aku sampai pun tempat event tersebut. Terasa aku kecil je kat sana. Memang rasa cam malu la plak. Time daftar dapat la goodies bag dari nuffnang tentang astro. Thanx nuffnang. Yang penting di sini aku dah alami kehebatan astro beyond sebelum ke program ni. Yelah abang-abang aku dah apply astro beyond ni pada awal-awal pelancarannya lagi. Lagi satu aku ada banyak movie yang ber’high defination’ seperti astro beyond. Satu-satu cerita dah cecah 4GB ke 17GB. Bayangkan korang dapat tengok movie Transformers baru tu dengan saiz 17GB dengan resolusi 1080p di Sony Bravia HDMI? Superb! Itu jer la yang aku boleh tuturkan dari mulut. Live beyond expactation. Di blogger party tersebut kiteorang semua disajikan dengan kehebatan astro beyond ni. So aku nak letakkan seberape gambar aku di sana bersama kenalan-kenalan baru dan blogger hebat. Tak lupa juga dengan game Murderer tersebut. Adoi! kalah, tak dapat la hadiah LCD dan langganan astro beyond free setahun. Ok untuk gambar-gambar baca selanjutnya okeh?

1st sekali masuk sini aku jumpa bro nazuwan eh? betul ke eja nama ni? Sorry kalau salah.Siapa tak kenal beliau beautifulnara.com.  Happy la sebab jumpa dia pun agak frendly senang berbicara. Mana taknya mula-mula aku keseorangan nak tunggu si blowie sampai tak kesampaian lagi. Lepas tu blowie pun sampai so aku dengan dia la two ranger selamber wat dek je masuk party tuh.

Tanda sebagai semangat join this event. Kah3. Tough tak tangan aku? Ke debab? Hahaha. OK time ni semangat event nak start. Before event start so aku bergambar la dulu dengan orang-orang yang aku kenal. Yang best diorang ni semua sporting. Bila la aku nak jadi macam diorang yek? Leh la nak frendly dengan semua orang jugak. Hehe.

Budiey yang sangat sempoi melayan kiteorang. Dia ada wat event sempena 3 tahun budiey.com minggu depan. Tapi dah penuh kuota. Kalau tak sure aku dapat invitation dari dia.

Bersama dengan beautifulnara.com dan fourfeetnine.com. Fourfeetnine ni GF si bro timothy (co-founder nuffnang). Nampak jugak dia tapi tak sempat nak snap dengan dia. Sebab dia bz layan orang-orang sekeliling dia. Apa-apa pun diorang semua frendly. Kalau korang baru 1st time pun jangan la risau. Ha nampak macam KLCC tak? Hehe.

Yang ni jojo struys. Korang yang tak tau tuh sure tak tengok project alpha anjuran nuffnang. Dia ni host program tuh. Time ni dia tengah sembang dengan budiey. Saja sebok menyapa. Tapi dia sangat frendly. Tak susah pun nak ajak bergambar. Best jugak jumpa selebriti ni sekali sekala ek?

So event pun start. Time ni MC ni mengarut macam-macam la tentang astro beyond ni. So before dia start launching dia berucap-ucap skit. After that baru la dia launch. Kira macam montage la. Sape ade astro leh tau iklan apa yang diorang tunjuk. Disamping dengan short video clip dari project alpha yang berhigh definition tinggi. Memang clear la. Dah nama pun high definition. Video youtube pelancaran tersebut aku rakam sendiri dari nokia 5800 xm aku. Guess what?

Lepas sesi launch tersebut kiteorang pun saling berkenalan la dengan blogger-blogger yang ada. Melayu? Haha boleh kira beb berapa je yang ada. Majoriti memang Chinese je yang ramai. OK dari kiri Khafif, Aizat, Zaid & Ruby.

Lepas bergambar kiteorang pun pergi la jalan-jalan cari makan. Makanan pun dah tersedia.

Really enjoy my meal walaupun ade orang kaya cakap tak sedap la. Haha. Aku kisah ape. Janji dapat makan. Dahla datang jauh, dah tu tempatnya pulak tersorok. Ha aku melantak la makanan sini. Alhamdulillah kenyang la. Sambil-sambil makan diorang ada buat persembahan kat podium utama tadi. Lets see what their doing.

So lepas enjoy our meal dan persenbahan tersebut kiteorang kena kumpulkan 5 orang dalam satu group untuk join satu program yang dinamakan Murder in the detail. Permainan ni dah diperkenalkan oleh astro beyond dalam facebook. So sorry la sebab aku memang tak main langsung game-game yang ada dalam facebook. Aku just update status jer. Haha. Kalau korang nak main game tersebut boleh pergi sini. Apa-apa pun kiteorang kena main game ni secara live. Bukan dalam laptop or facebook okeh.

Dan ni la team aku malam tu. Bro kruel74 pun team aku tapi dia ke mana tah cari klue time ni kot. Tak sempat bergambar. Hehe.

Dari kiri khafif, aku, blowie & adrian. Seronok dapat kerjasama dengan diorang. Blowie sebagai detektif misteri, khafifi selaku ketua detektif yang sangat efektif, aku? penyebok je. haha. Adrian pulak orang kanan ketua detektif. Kiteorang dapat dah kumpul 5 klue tersebut. Tapi tak sempat nak submit nama pembunuh. Dah ada yang teka betul. So terpaksa menyerah kalah la. Aku pun menyanyi “Melepas la sudah LCD free”.

Sebelum habis program aku sempat bergambar dengan kak redmummy.com ni. Menyempat jugak la aku jeles kan kawan-kawan kat twitter. Macam-macam plak aku kena bahan malam tuh. It’s ok, bukan senang nak dapat peluang bergambar dengan orang kenamaan ni. Hehe. Ha blowie pun nak jugak. So, aku tak kedekut traffic beb. Aku letak lagi gambar hang sini. Hehe.

Memang sangat enjoy malam tuh. Walaupun tak menang. Tak bermakna malam tu tak best. Bukan harap sangat pun. Tapi peluang dapat join event sebegini kira untung sangat dah. Bukan senang. Rugi la sapa yang tweet last minit tu tak pergi. Sebab kalau korang tweet dan diorang tak balas dah. Memang korang dinvite secara rasmi. Tak percaya? Tanya blowie lam dia pun just reply tweet dari nuffnang. Nama dia ada dah dalam list. So be alert la kalau korang nak join event sebegini nanti.

So sebelum balik saja nak tunjuk beg goodies yang kiteorang dapat. Dalam dia ada ape? Hehe. Rahsia. Tapi memang dapat benda-benda yang best la. Astro Beyond Blogger Night! Memang enjoy giler! Yeah! Thanx Nuffnag & Thanx astro!


Artikel Yang Mungkin Berkaitan

Tentang Penulis

Seorang pelajar sepenuh masa. Mengisi masa lapang berblogging. Komited dengan twitter. Suka makan kebab dan pergi makan kat (MAU). Tak kisahla nak panggil aku qiilans ke roslan. Kalau ade apa-apa bleh jer contact me through toolbar atas Tentang Aku okeh

 

76 comments


Tinggalkan Komen Anda Di Sini (Nama, Email & Web)

CommentLuv Enabled