twitter
  •  

Qiilans87 A.K.A Roslan Nazri Akan Berwajah Baru

| Posted in Informasi |

65


Tak sempat dari entri tahun 2010 kini datang pulak dengan new entri just untuk suka-suka. Asyik dengan kisah serius jer. Tapi nak jugak membebel ni. Pernah dengar kan tentang YES? Year End Sales. Sekarang ni bukan masa nak kata aku pi shopping ke ape. Tapi kisah accident yang berleluasa oleh bas dan lori trelar/kargo tu. Sesuka hati jer wat eksiden akhir tahun berleluasa. Kesian betul ahli-ahli keluarga. Tak sangka plak yang eksiden di highway ke taiping tak pulak masuk TV. Dahla digilis dan mestilah lunyai. Urgh!!! Tak patut tol kan? So ape pendapat korang pasal YES aku ni?

Berbalik kepada wajah baru. Dengan azam baru dan lain-lain lagi la. Tetiba terasa nak menukarkan design theme aku ni. Apa-pun ni dipanggil redesign sebenarnya. Termasuk aku nak edit error yang kerap berlaku dalam panel wp aku ni. Bila dah replace wp baru pun tetap bengong juga. So dah masa la tukar kan macam-macam. Tu la aku nasihatkan kat korang, kalau nak buat live blogging blog buatla satu blog khas macam aku buat la. So nanti setting  dia takkan gila la. Jadi dengan rasa rendah diri aku just tunjukkan sedikit mockup yang belum siap di warnakan (macam pertandingan mewarna la) untuk ditunjukkan kepada kamu.


Kini Bermulalah Episod Baru, Azam Baru, Tahun Baru

| Posted in Informasi |

36

Sekian lama menunggu saat dimana episod baru ataupun buku baru bakal ditukarkan. Ketika itulah jugak aku sangat-sangat sebok. Mohon maaf jika ada komen-komen atau apa-apa kata yang tak terbalas. Insyaa… aku akan cuba membalasnya nanti. Walaupun terasa awal untuk mengucapkan tahun baru ini, tapi tetap jugak dengan pendirian aku nak berkongsi cerita apa yang dibebelkan di sini. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang aku kenali dan menganut agama kristian. Merry Christmas diucapkan, yang dekat Malaysia takde salji tu bersyukur jer la ye.

Bercakap tentang buku baru 2010, sebenarnya tiap-tiap tahun aku cuba nak bukak buku baru. Tapi entahla, aku pun tak tau target aku tercapai ke tidak. Korang dapat ke buat apa yang korang nak tahun 2009 ni? Bagi aku tahun 2009 ini merupakan tahun yang agak sukar dalam hidup aku. Bermacam-macam perkara tak kira musibah ke, berkat ke, semua ada. Orang cakap itu ujian dari NYA. Memang betul pun nak uji kita samada ketika susah dan senang kita mengingatinya ataupun tidak. Jika korang rasa tahun ni tahun cemerlang kamu eloklah bersyukur terhadapnya.

Malaysia Muncul Juara Bola Sepak Sukan Sea Laos 2009

| Posted in Sukan |

73

Jutaan tahniah kepada skuad bola sepak negara kita Malaysia dengan kejayaan muncul juara di kejohanan bola sepak Sukan Sea Laos 2009. Kedengaran sayup lagu negaraku di temasya Sukan Sea Laos pada hari ini di Vientien sedikit sebanyak membanggakan serta mengaharumkan nama negara kita. Sekalung pingat emas dihadiahkan kepada setiap pemain Malaysia. Mana tidaknya, penantian selama 20 tahun emas disukan SEA akhirnya dapat ditembusi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Vietnam. Malaysia Boleh! OLE OLE KITALAH JUARA! Berkumandang dimulut setiap peminat bola sepak Malaysia.

Sudah sekian lama Malaysia selalu dijadikan bahan kritikan umum. Takziah pada Vietnam. Jurulatih Vietnam, tarik baliklah ayat engkau tu mengatakan nasib Vietnam lawan Malaysia dan bukan Thailand. Thai pun kita dapat kalahkan. Inikan Vietnam. Lantang aku nak nak bicarakan goal keeper Vietnam memang sangat-sangat melembabkan permainan dan sepatutnya dia sudah lebih awal dikeluarkan. 6 minit masa tambahan sedikit sebanyak merisaukan pasukan dan peminat Malaysia dengan satu percubaan jarak dekat yang hampir menyamakan kedudukan Vietnam dengan Malaysia. Namun kedudukannya tetap sama. Malaysia tetap juara! Tahniah kepad Safiq Rahim yang mengahasilkan umpanan yang menghasilkan gol Malaysia. Dimana gol kemenangan hasil jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84.

HSBB Kini Dalam Proses Pembikinan

| Posted in Informasi |

54

Seronok dan kagum apabila mengetahui dan dapat melihat sendiri bagaimana proses fiber optik dilakukan. Mungkin kamu pernah membaca ataupun tidak entri lama yang pernah aku pos kan tentang hsbb ini tempoh masa lalu. Kini segalanya aku ingin perbetulkan, kamu patut lihat bagaimana rumitnya proses pemasangan fiber optik ini dilakukan dan yang pastinya hsbb / fiber optik ini akan dilakukan secara saringan. Tidak secara terus kepada semua pengguna. Bayangkan la masa yang diambil untuk pemasangan hsbb ini mengambil masa 10 jam. Sebelum kamu terus mengomen atau menidakkan perkara ini eloklah kamu hayati dan tontonilah video di bawah.

Flymas.Mobi – As Easy As 1,2,3!

| Posted in Informasi |

59

Dengan menggunakan telefon bimbit anda. Kini mudah untuk anda menempah tiket dengan hanya login pada site flymas mobi ini pada mobile browser telefon bimbit anda. Segala-galanya mudah dengan MAS Di sini aku ingin tunjukkan kepada kamu bagaimana untuk membuat tempahan. Berikut merupakan screen shot dari telefon bimbit aku, Nokia 5800 XpressMusic.

STEP 1 LOGON TO YOUR MOBILE BROWSER WITH THIS URL

Scr000001

Hidup Berani Untuk Gagal, Prinsip Pegangan Hidup Aku

| Posted in Informasi |

54

Seperti yang kamu tahu, tak ada dalam hidup ini kemewahan datang dengan mudah seperti bulan jatuh ke riba? Oh tidak. Aku ingin katakan, tanpa gagal kamu mungkin bukan seorang yang berjaya. Biarlah aku nak simpulkan sedikit kata dua berkaitan kegagalan dalam hidup ini.  Aku yakin dan percaya, seseorang yang tak pernah alami gagal dan sentiasa berjaya mesti sangat takut pada kegagalan. Itulah yang penting EQ tinggi berbanding IQ yang terlebih. Apabila kamu seorang yang terlampau pandai, emosi kamu jelas terganggu dan menjuruskan kepada kegagalan kekal. Aku salute pada cerita Forest Gump, dimana Gump adalah budak yang IQ nya rendah serta banyak lalui liku-liku hidup yang membebankan tetapi EQ nya yang tinggi membuatkan diri dan keluarganya hidup kaya. Itulah dikatakan Hidup Berani Untuk Gagal.

Ok cukup dengan penceritaan serba-serbi tentang kegagalan. Berani? Mestilah kena berani. Aku memang paling takut bila gagal. Namun kawan-kawan aku yang biasa gagal nampak cool ajer. Oh tidak! Dalam hati diorang siapa yang tahu. Semua orang takut gagal, tipu la kalau kau tak takut. Bermula dari zaman sekolah rendah, aku memang tak pernah gagal pun dalam mata pelajaran. Setelah masuk ke alam menengah, bermula la hidup terumbang-ambing aku. Mula la start gagal subjek tu, subjek ni. Pmr aku sekadar cukup makan. Spm? huh! Memang IPTA tak terima aku la beb! Sedih tak terkira la sebab aku gagal dalam mencari tempat di IPTA. Tu la akibat tak berusaha. Tapi aku main redah, berani punya pasal.

[close]