Kenangan Di Kuala Kangsar & Blogger Gathering
| Posted in Luahan Hati | Posted on 31-08-2009
42

Hello, hai dan assalamualaikum. Em apa pun aku ucap terima kasih pada pembaca blog aku ni. Penat letih best gembira semua ada dalam kepala ni. Buat yang tak perasan atau buat-buat tak tau. Baru-baru ni aku ada join blogger gathering dan hari ni pun ada gathering rematch lagi sekali. Aku tak dapat nak join sebab aku dari Perak. Jadi sabtu lepas aku pegi blogger gathering ni dekat ayam golek area Lrt Universiti. Tapi malang, ayam golek sold out. Tu la budak-budak ni buat rematvh lagi sekali. Yang kompem si Eddie Noktahhitam serta azmanishak yang lain-lain akan join sebab diorang dekat. Cuma hari ni punya tak seramai sabtu lepas yang sememangnya mengejutkan organizer.

Apa-apa pun tahniah pada Eddie, Syam (aeropama), Yam (life4hire) kerana korang telah berjaya mengadakan gath tersebut. Bukan apa, nak jumpa ramai-ramai selalu bukan senang beb. Tu pun bersyukur dapat jumpa. Sembang pun tak puas beb. Aku pun malam tu kene shoot balik kuala kangsar. Lepas jer gath, bro azman hantar aku balik rumah kat KL. Dalam pukul 11.40malam aku bertolak dari Kuala Lumpur dalam keadaan mamai dan penat. Syukur alhamdulillah sempat sampai dalam 2.30pagi. Bila dah sampai rumah tu hanya tuhan yang tahu ketenangan dan keseronokan bila ada kat kampung. Yeeehaaa…















