twitter
  •  

Promosi Murah Hosting Fivio – Part 2

| Posted in Informasi |

34


hositingpromo2

Salam kepada semua pembaca, kali ini sekali lagi aku ingin menceritakan kaedah dalam memindahkan server hosting anda setelah pindah ke server hosting fivio. Untuk melihat promo tersebut boleh lihat di sini. Terima kasih aku ucapkan kepada kak yan kerana sudi membantu aku dalam menceritakan hal sebegini di blog. Ianya memudahkan kepada korang yang ingin bertukar hosting dengan promo fivio di blog ini. Kepada pembeli domain dari godaddy.com, ini adalah cara mudah untuk anda. Tak lupa juga, semasa membuat pembelian jangan lupa menggunakan kupon qiilans87promo untuk mendapatkan diskaun terebut. Kenapa perlu migrate atau berpindah? Perlu ke pindahkan domain anda sekali? Semestinya tidak! Hanya perlu pindahkan hosting sahaja dengan bayaran RM55 dengan promo aku tu. 5GB space dan 30GB bandwith sangat-sangat memadai untuk anda. Fivio meletakkan server anda di bawah server odin dimana ianya sangat-sangat reliable dan uptime sangat superb!

Bagi yang sudah membeli dengan pakej hosting+domain=RM90 yang lalu jikalau tak tahu untuk setupkan wordpress, aku akan membantu korang dalam entri yang akan datang. Tak susah sebab ada installatron seperti fantatisco pada cpanel. Tak lupa juga tentang cara-cara untuk pengguna blogspot importkan entri mereka di blogspot ke wordpress (mudah je). Berbalik kepada tajuk, entri ini ditujukan khas kepada sesiapa yang ingin menukarkan server hosting sahaja. Aku amat menggalakkan korang tukar. Sebab hanya berbekalkan RM55 korang boleh dapatkan hosting yang lebih stabil dan bandwith yang lebih besar. Berbaloi-baloi! Sebelum meneruskan step bagaimana menukarkan name server korang setelah migration ini. Aku ingin menunjukkan step pembelian pada migration hosting dahulu bersertakan pengisian kupon qiilans87promo untuk mendapatkan diskaun. Untuk makluman promosi ini hanya sah sehingga 28/2/2010. So apa tunggu lagi? Gunakan link promo ini sahaja http://www.fivio.my/cart.php?a=add&pid=256.


Geek Google Translate

| Posted in Luahan Hati |

39

Sengaja aku nak berkongsikan entri bersahaja ini kepada pembaca blog ni. Ilham ini datang daripada blog yang aku layari dan mempunyai google translator di toolbar mereka, lantas aku pun menaip link blog aku. Secara tak sengajanya aku pun menulis entri (sengal) ni. Ingat nak buat satu entri ilmiah pada pembaca. Namun kesibukan aku mengendalikan blog baru kawan aku ni. So, impian aku tak tercapai nak publish entri tersebut. Memang tergendala terus. Kemudian aku fikirkan satu entri yang mempunyai lawak-lawak berunsur geek (mrkay pandai ni). Entri ini juga pernah ditulis oleh member rapat aku saudara azmanishak pada entri-entri lama beliau. Namun entri aku ni kelihatan lebih ilmiah berbanding beliau. Nak tau kenapa? Mungkin sebab bahasa yang aku gunakan dalam menulis blog lebih skema berbanding beliau. Sampai ada yang langsung tak paham apa yang aku tulis. So abaikan la benda tu semua. Hope korang enjoy entri ringkas dan pendek ini. Entri bergambar sahaja.

pasar1

Mengapa Website & Blog Perlu Menggunakan CDN?

| Posted in Informasi |

82

Terima kasih aku nak ucapkan kepada rakan-rakan Lepak IT pada sabtu 30/1/2010 baru-baru ni. Sebab banyak info input dan output telah dikongsikan di sana. Satu yang menarik perhatian aku adalah berkaitan CDN iaitu Content Delivery Network yang telah diterangkan dengan cemerlangnya oleh saudara Mrkay2911 pada hari tersebut. Banyak yang korang perlu tahu jika mahukan web atau blog kamu di akses dengan mudah di mana-mana tempat yang dinamakan planet bumi ni. Tidak kiralah kamu di benua afrika, benua amerika dan sebagainya. Yang penting adalah kemudahan, kelajuan dan uptime yang seimbang. So, apa itu CDN? Kenapa perlu guna CDN? Lebih baik jika masa tu korang turut sama dalam perbincangan (lebih mudah faham). Di sini aku nak kongsikan serba sedikit maklumat berkaitan CDN ini pada korang.

flow1

Berikut merupakan server anda dari pelbagai pelusuk dunia dalam bumi ni. Bayangkan itu adalah server korang. Itu yang dinamakan tradisional style dalam menghostingkan server kamu. Mau tak sesakkan kalau dalam satu masa ramai-ramai masuk ke blog atau website anda. Mau la jadi macam DDOS. Itupun kalau web kamu memang ramai pengunjung.

flow2-down

Lepak IT Anjuran Amanz.my

| Posted in Informasi |

88

Seperti yang korang tahu ataupun tak tahu. Sabtu lepas aku dan rakan-rakan programmer dan blogger berjumpa di Starbuck The Garden Mid Valley di mana seramai 13 orang yang berjaya hadir kerana selebihnya tak tahu ke mana kerana kehadiran mengatakan 26 orang. Rasanya diorang saja-saja tick je attending dalam invitation facebook tu. Baik korang tick Maybe Attending kalau tak pasti datang. Entri ini hanyalah entri bergambar saja. Lebih mudah aku perkatakan adalah sesi perkenalan kepada korang diluar sana tentang siapakah mereka? Kenapa perlu tahu mereka? Artis? Kamu perlu lihat entri ni sampai abis.

OK gambar-gambar dalam ni adalah hak milik dari ridzuan richie. Sape tak kenal beliau. IM terkenal dalam panduancinta.com. OK berikutnya gambar-gambar yang aku saja-saja letakkan caption dialog buatan sendiri. Takde yang betul pun. Kesemuanya rekaan semata-mata. Apa yang penting? Kejasama! Meetup lepak IT memang best programmer, Internet Marketer, Blogger, Hoster semua ada dalam satu perjumpaan ni. Facing each other dalam merapatkan ukhwah amat dituntut dalam agama. Apa salahnya next korang pulak join Lepak IT 2. Moga terhibur dengan entri santai aku ni.

lepak1

Promosi Hosting Dan Domain Murah Untuk Anda, Yang Penting Stabil

| Posted in Informasi |

138

Kali ni dengan rasa berbesar hati dan gembira aku nak tolong rakan-rakan luar sana dan pembaca setia blog ini dengan satu tawaran hebat dari hosting fivio. Di mana blog ini sendiri beroperasi dengan fivio. Pakej yang disediakan adalah khas untuk pembaca blog ini, dengan harapan aku mampu menghargai jasa-jasa korang dalam operasi blog Roslan nazri ini. Bagi yang berminat berkecimpung dalam dunia blog self hosted wordpress ini, anda amat-amat digalakkan mengambil pakej hebat ini. Aku diberikan peluang daripada fivio untuk mempromosikan tawaran hebat yang aku kira termurah setakat ini dengan perkhidmatan hosting yang superb. Mana mungkin harga hosting yang beratus-ratus nilainya dapat dijual dengan harga RM90 setahun dengan diskaun hebat harga domain RM20. Nak tau kisah lanjut bagaimana untuk mendaftar? Teruskan pembacaan anda.

Dengan berbekalkan modal RM90 anda boleh mendapat satu domain dan hosting lengkap beroperasi untuk blog anda. Tidak lupa juga promosi hebat ini, valid atau sah kepada orang yang baru mendaftar untuk hosting ini dan perpindahan hosting sahaja (migration). Aku sendiri pun tak dapat semurah harga tersebut dengan pakej hebat sebegini sebelum ini. Bagi yang berada di blogspot, ini merupakan langkah kanan anda untuk mencuba dan memulakan blog atau web anda pada self hosted wordpress. Kenapa wordpress lagi bagus? Kalau korang tau apa itu SEO. Wordpress adalah segala-galanya untuk anda. Mahukan traffic tinggi dari silent reader? Wordpress juga merupakan platform terbaik pada anda. Berikut merupakan pakej hebat yang di pormosikan kepada anda semua.

Sehari Bersama Innity, Wow!

| Posted in Informasi |

116

Terima kasih aku ucapkan kepada pembaca sekalian serta komentar yang bernas pada entri lepas. Seperti yang korang tau ataupun buat-buat perasan sekarang ni blog Roslan Nazri telah menukarkan advertisment ads kepada innity. Baru-baru ni jugak sebok serta agak kencang sembang antara blogger-blogger di twitter mengenai innity (nak tau follow la aku). Semua mengatakan reaksi positif terhadap innity. Ternyata! aku katakan wow! pada innity. Harini baru genap sehari aku memasang innity sebagai ads utama aku sebagai tempoh percubaan menggantikan nuffnang. Sememangnya innity tidak mengecewakan penggunanya. Patutlah nak request dari innity pun kena power. Kamu boleh lihat sendiri earning aku pada hari ini dibawah.

Sebagai seorang blogger, anda perlu menitik beratkan isi kandungan yang ingin anda sampaikan jika berminat dengan innity. Innity dengan mudah dan bulat-bulatnya memangkah borang korang jika blog korang menceritakan kisah peribadi. Nak tau lebih lanjut requirement innity kamu boleh klik di sini. Bukan mahu memujuk kamu bertukar kepada innity. Di sini aku ingin ceritakan pengalaman aku sendiri bersama innity hanya dalam sehari. Bayangkan jumlah di atas aku dapat bersama nuffnang dalam masa 6-7 bulan. Sedihkan? Punyalah bergiat secara langsung dan tidak langsung mencariĀ  pelbagai tips bagaimana nak menigkatkan traffic. Namun tak berjaya.

[close]